GLOBAL : ISNIN 31 OGOS 2009
Parti pembangkang menang besar
TOKYO 30 Ogos - Parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ)mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini hari ini,menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinanTaro Aso.
Kabinet Iran hadapi undi tidak percaya
TEHERAN 30 Ogos - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, hari ini mulaberdepan dengan undi tidak percaya daripada Parlimen terhadap Kabinetbaru beliau.
Edward Kennedy disemadi
WASHINGTON 30 Ogos - Senator Edward Kennedy disemadikan di sisi kuburdua abangnya, John dan Robert semalam di Arlington National Cemetery,dan tokoh politik ini diraikan kerana 'impian yang dicapainya' selamabeberapa dekad selepas kematian mereka.
Kapal bawa senjata dari Korea Utara dirampas
MELBOURNE 30 Ogos - Beberapa senjata termasuk pelancar grenad telahditemui di atas sebuah kapal milik warga Australia yang dirampas olehEmiriyah Arab Bersatu (UAE) ketika kapal itu berlayar dari Korea Utarake Iran.
Hatoyama saran dasar pandang ke Asia
TOKYO:Yukio Hatoyama yang muncul sebagai Perdana Menteri baru selepaskeputusan pilihan raya umum Jepun semalam, mahu negara matahari terbititu mengamalkan dasar pandang ke Asia dan tidak lagi ke Amerika. Malah,pemimpin Parti Demokratik Jepun (DPJ) itu mencadangkan pembentukanKomuniti Asia yang menggunakan mata wang bersama berdasarkan modelKesatuan Eropah.
Muslim Itali pertahan Mourinho tegur puasa
ROM:Masyarakat Islam di Itali mengecam ancaman yang dibuat oleh pihaktertentu terhadap jurulatih kelab bola sepak Inter Milan, Jose Mourinhokerana menegur pemain Muslimnya yang berpuasa."Kami mengecam ancaman dibuat ke atas Mourinho dan dengan ini kamimenyatakan sokongan terhadap beliau," kata Presiden Kesatuan Masyarakatdan Pertubuhan Islam di Itali," Mohamed Nour Dachan.
Tunjuk perasaan bantah larangan pakai burqa
HYDERABAD:Sekumpulan pelajar Islam di Mehdipatman membantah selepas pengetuasebuah kolej rendah perempuan melarang pelajarnya memakai burqa kekelas dan menghalang mereka memasuki kawasan kolej.
Warga Mexico pecah rekod tarian Thriller
BANDARRAYA MEXICO: Mexico mendakwa memecah rekod dengan mengadakan tarianThriller yang disertai beribu-ribu orang secara berterusan di satutempat, sempena memperingati ulang tahun kelahiran Raja Pop MichaelJackson ke-51 kelmarin.
Dua bom meletup gegar Gaza
BANDARGAZA: Dua butir bom meletup berhampiran sebuah masjid dan di dalampekarangan kawasan keselamatan utama di sini awal pagi semalam dalamkeganasan terbaru menggegarkan wilayah tepi pantai bergolak itu, katapegawai keselamatan. Tiada kecederaan dilaporkan.
0 Komentar untuk "GLOBAL : ISNIN 31 OGOS 2009"