BN lawan Pas di Permatang Pasir - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BN lawan Pas di Permatang Pasir

BN lawan Pas di Permatang Pasir


MUHYIDDIN (tengah) bersama Rohaizat dan pemimpin Barisan Nasional lain pada hari penamaan calon DUN Permatang Pasir di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang dijadual berlangsung pada 25 Ogos ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Calon BN, Rohaizat Othman, 38, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh akan ditentang oleh Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man, 52.

Pencalonan Rohaizat dilakukan oleh Abdul Majid Othman yang bertindak sebagai pencadang dan disokong oleh Ng Tong Hye manakala pencalonan Salleh dicadangkan oleh Mahdi Abdullah dan disokong oleh Shamsul Kamal Md. Shafie.

Hasrat pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, untuk bertanding sebagai calon bebas gagal selepas beliau lewat tiba di pusat penamaan calon di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Berapit di sini untuk menyerahkan borang pencalonannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen kawasan Padang Serai, N. Gobalakrishnan ditahan polis bagi membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Permatang Pasir di IKBN di sini semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Yaakob memberitahu, dalam insiden pukul 11.30 pagi itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

0 Komentar untuk "BN lawan Pas di Permatang Pasir"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI