Johor FC janji tentangan sengit bertemu Kedah
Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
JOHOR FC tidak rela memberi laluan mudah buat Kedah untuk mencipta kemenangan apabila kedua-dua pasukan itu bertembung pada saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.
Sebaliknya jurulatih Ramlan Rashid (gambar) bertekad untuk memastikan tiga mata milik skuadnya walaupun sedar perlu berdepan barisan Hijau Kuning yang tampak begitu garang selepas membelasah Polis 7-2, baru-baru ini.
Katanya, keputusan seri 1-1 dengan KL Plus, Selasa lalu menjejaskan peluang Johor FC untuk memburu tempat kelima atau keempat saingan liga elit domestik malah persembahan yang agak hambar juga menjadi faktor kegagalan meraih tiga mata tatkala beraksi di laman sendiri.
"Agak terkilan juga apabila Johor FC tidak mengambil kesempatan meraih tiga mata apabila beraksi di laman sendiri, malah pemain tampak kepenatan selepas dua aksi di tempat lawan, sekali gus memberi kesan kepada corak permainan.
"Apapun saya tidak menyalahkan mana-mana pemain dengan kegagalan itu sebaliknya saya mahu mereka memberi tumpuan kepada aksi menentang Kedah.
“Ada rombakan kecil dibuat dalam kesebelasan utama dan saya merancang menurunkan semula Mohd Farid Ideris menerajui barisan serangan selain kembalinya Nurul Azwan Roya dari penggantungan satu perlawanan yang menguatkan lagi posisi sayap kiri," katanya.
Berbaki tiga perlawanan, Johor FC harus menempuh saat getir seandai ingin melonjak ke tangga keempat liga. Yang pasti laluan itu agak berliku apabila perlu berdepan Kedah sebelum menentang UPB-MyTeam dan mengakhiri saingan melayani kunjungan Kelantan di laman sendiri.
Bekas pertahanan Johor itu juga merancang untuk beraksi dengan formasi 4-4-2 memandang kejituan barisan serangan tatkala beraksi 4-5-1 kurang menyengat sehingga gagal menghasilkan gol walaupun kerap kali mengasak ke kubu lawan.
"Apa yang amat ditagihkan adalah jaringan dan saya mahu pemain tidak mensia-siakan peluang di depan gol kerana kemenangan yang dicari mampu mengubah nasib Johor FC bagi mengelak terus berada di tangga keenam liga," kata Ramlan.
BERITA INFORMASI TERKINI
Home
»
LIGA SUPER
»
LIGA SUPER : SABTU 11 JULAI 2009 - Johor FC janji tentangan sengit bertemu Kedah
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk menggantikan Menteri Besar Selangor ...
-
PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dijangka memaklumkan kaedah menangani isu golongan gelandangan dan p...
-
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan keputusan PKR yang menamakan Presidennya sebagai calon ment...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/norway-puji-fokus-strategik-negara-1.183000 PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Trans...
-
TELUK INTAN - DAP hari ini mengumumkan Setiausaha Politik kepada anggota Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai calon...
-
Pelajar berusaha keras untuk berjaya Popularitinya mengalahkan jenama besar Finalis Akademi Fantasia 2014, Dari kiri, Adel, Nuha, E...
-
KUALA KRAI: Gerakan Harapan Baharu (GHB) bukanlah sebuah perjuangan yang diwarisi daripada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, k...
-
SEJAK akhir-akhir ini drama Melayu adaptasi dari novel semakin banyak ditayangkan di kaca televisyen. Namun, pada pendapat saya semuanya ‘...
-
Pendakwa raya mohon tangguh bekalkan dokumen KUALA LUMPUR 20 Julai - Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untukmemperoleh sebahagian besar dokume...
-
Oleh Roslan SMS Isu dakwaan The Wall Street Journal bahawa PM Najib Tun Razak telah mengambil dana kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion)...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin

0 Komentar untuk "LIGA SUPER : SABTU 11 JULAI 2009 - Johor FC janji tentangan sengit bertemu Kedah"