KEPUTUSAN LIGA PERDANA : SABTU 11 JULAI 2009 - T-Team buat Harimau Muda gigit jari - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

KEPUTUSAN LIGA PERDANA : SABTU 11 JULAI 2009 - T-Team buat Harimau Muda gigit jari

T-Team buat Harimau Muda gigit jari

Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Azrone Sarabatin, Amin Ridzuan Ishak
bhsukan@bharian.com.my

PASUKAN T-Team memastikan kemenangan berharga menewaskan pendahulu Liga Perdana, Harimau Muda 3-2 di Stadium Nasional, malam tadi, menyaksikan pelawat hanya dipisahkan dua mata dari puncak liga.

Harimau Muda yang turun dengan tekad melebarkan jurang pendahuluan di tampuk liga ketika saingan berbaki lima perlawanan, terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi jaringan Irfan Faizal seawal minit ke-10.

Namun anak buah Che Ku Marzuki Mohd Noor, bangkit untuk merapatkan kedudukan 10 minit kemudian menerusi jaringan Haris Safuan Kamal sebelum Rosdi Talib meletakkan pelawat di depan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24.

Gol penyamaan skuad Harimau hadir menerusi jaringan A Tamil Arasu pada minit ke-43, sebelum Hairudin Omar menjadi pemusnah dengan jaringannya pada minit ke-68 untuk pelawat pulang dengan tiga mata.

Kemenangan itu menyaksikan T-Team kini mengumpul 47 mata, dua mata memisahkannya dengan Harimau Muda yang kekal di puncak selepas mengumpul 49 mata daripada 19 perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Petaling Jaya, Proton FC berpesta jaringan apabila membenam Felda United 4-0 manakala di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tuan rumah, menewaskan Johor, menerusi tandukan cantik Badrul Hisham Azmi pada minit ke-63.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 1-2 kepada Tentera petang semalam dan Kepala Batas terikat dengan Melaka, 0-0 di Stadium Batu Kawan.

Di Stadium Likas, Sabah melepaskan peluang meraih tiga mata apabila sekadar seri 1-1 dengan PKNS. Pendahuluan yang dicipta Zaykiel Leong menerusi penalti minit ke-18, gagal dikekalkan apabila pelawat menyamakan kedudukan menerusi Mohd Fitri Omar minit ke-76.





T-Team buru Harimau Muda

KUALA LUMPUR - T-Team terus mengekori rapat Harimau Muda apabila mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas pasukan pendahulu itu dalam saingan Liga Perdana di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Gol pasukan T-Team diperolehi melalui Mohd. Haris Safwan pada minit ke-20, Rosdi Talib-24 dan Hairuddin Omar-68, manakala Mohd. Irfan Faizal dan A.Thamil Arasu masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-10 dan 43 untuk Harimau Muda.

T-Team hanya dibezakan dengan lima mata di tempat kedua dan masih berpeluang untuk memintas Harimau Muda dalam baki empat perlawanan liga.

Di Stadium Kuching, Sarawak tewas 2-1 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), gol pelawat diperolehi melalui M.Chandra Feka minit ke-50 dan Mohd. Faizull Mohid minit ke-60, manakala gol saguhati pasukan tuan rumah disumbangkan Mohd. Dzulazlan Ibrahim minit ke-56.

Di Stadium Likas, Sabah hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang PKNS, walaupun mendahului pada separuh masa pertama hasil jaringan Zaykiel Leong minit ke-17, sebelum Mohd. Fitri Omar mengikat kedudukan melalui gol minit ke-76.

Kuala Lumpur pula berjaya memungut tiga mata selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, gol mereka diperolehi melalui Badrul Hisyam Azmi pada minit ke-63.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Proton FC membelasah Felda United 4-0, manakala SDM Kepala Batas dan Melaka seri tanpa jaringan.
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA PERDANA : SABTU 11 JULAI 2009 - T-Team buat Harimau Muda gigit jari"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI