ALHAMDULILLAH DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

ALHAMDULILLAH DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat

ALHAMDULILLAH. Akhirnya DAP KEDAH nak keluar PR KEDAH. Bak kata org Melayu, Kecil tapak tangan, ALOR SETAR kami tadahkan. Lepas ni PR KEDAH terutamanya PAS tak payah lagi terima puak2 ni masuk PR KEDAH, biaq pi la depa. Buang masa jer layan puak2 ni. Senang sikit ler PAS nak buat kerja. Kalau ada wakil dr PKR pon nak keluar juga silakan, biaq UMNO ambik alih kerajaan sekarang, baru hang pa suka kot? Sekali lagi, TAHNIAH dan SELAMAT BERAMBUS

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.
0 Komentar untuk "ALHAMDULILLAH DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI