AF7: Claudia, Aishah tersingkir - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

AF7: Claudia, Aishah tersingkir

Isma pengsan tertekan dua rakan tersingkir



Aishah dan Claudia menenangkan Isma.

KUALA LUMPUR: Ismaliza Ismail (Isma) pengsan sebentar selepas konsert minggu kelapan, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) berakhir, semalam ekoran dua rakannya Claudia dan Aishah tersingkir.

Mereka terkeluar daripada kancah persaingan selepas mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah walaupun peringkat akhir AF7 hanya berbaki dua minggu lagi.

Isma, 30, sebelum itu, menangis sambil memeluk erat mereka kerana tidak dapat mengawal emosi selepas pengacara AF7, AC Mizal membuat pengumuman penyingkiran dua rakannya itu di babak akhir konsert itu.

Malah, pada suatu ketika, Isma kelihatan diusung ke bilik rawatan oleh para pekerja dengan ditemani rakan-rakan seperjuangan lain.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul dalam sidang akhbar sejurus itu berkata, keadaan Isma bagaimanapun tidak serius dan penyanyi itu telah beransur pulih.

"Isma tidak apa-apa. Dia mungkin letih tetapi dia dah boleh cakap dengan kawan-kawannya. Dia okey sekarang," katanya.


Tiara memberikan kata-kata semangat kepada Aishah dan Claudia yang tersingkir.

Konsert AF7 berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, dekat sini.

Sementara itu, Khairul Mizan memberitahu, dari segi peratusan undian SMS yang diterima peserta AF7, Yazid memperolehi 22 peratus diikuti Hafiz (21 peratus), Isma (20 peratus), Akim (14 peratus), Aishah (13 peratus) dan Claudia (11 peratus).

Dengan penyingkiran dua peserta tersebut, peserta lelaki yang kekal ialah Mohd Yazid Kamal Ibrahim, 22, (Johor Bahru), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, (Sarawak) dan Afiq Hakim Ahmad, 18, (Johor Bahru).

Peserta, Ismaliza Ismail dari Kuala Lumpur pula merupakan satu-satunya peserta perempuan yang masih meneruskan perjuangan dalam AF7.

Pun begitu, terdahulu, Datin Seri Tiara Jacquelina semasa konsert tersebut berlangsung telah menggunakan bidang kuasanya sebagai Pengetua AF7 untuk mengumumkan Afundi Masuk (AFMasuk).


Sambil mengawal emosi, Tiara mengumumkan AFMasuk.

"Sebagai pengetua AF, apa yang paling menjadi keutamaan saya ialah para pelajar di akademi.

"Dengan ini, saya menggunakan kuasa yang ada sebagai pengetua agar para penonton dan peminat AF7 diberi peluang untuk

mengundi pelajar yang mereka rasa layak untuk meneruskan perjuangan. Dengan ini, saya melaksanakan AFMasuk," katanya.

Mengulas lanjut tentang AFMasuk, Khairul Mizan berkata, kesemua maklumat penting mengenai AFMasuk akan dipaparkan di Diari AF7 pada 9 malam, Isnin ini.

Maklumat-maklumat tersebut jelasnya, merangkumi kod ringkas SMS dan mekanisme pengundian tersebut.


Linangan air mata Aishah dan Claudia jatuh berderai kerana mendapat sokongan padu daripada tenaga pengajar dan saudara mara.

Sementara itu, Aishah dan Claudia menyambut baik AFMasuk kerana bagi mereka, peluang mereka dan rakan-rakan seperjuangan yang tersingkir di peringkat awal untuk diundi masuk semula adalah amat berharga.

Konsert AF7 berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, dekat sini. AF7 minggu kelapan bertemakan teater muzikal.

Claudia bergandingan dengan Akim mempersembahkan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Claudia membawakan lagu, Katakan manakala Akim mendendangkan lagu Titah Sultan,

Sementara itu, gandingan kedua membariskan Aishah (lagu Slot Akasia) dan Yazid (lagu Ratu Novella) dalam teater muzikal Impak Maksima.

Dalam pada itu, teater P. Ramlee The Musical dilakonkan oleh pasangan Hafiz (Dimanakan Ku Cari Ganti) dan Isma (Mulanya Cinta).

Pengkritik malam itu ialah Adlin Aman Ramlie, Datuk Khatijah Ibrahim dan Edrie Hashim.



---------------------------------------------------------------------------------

AF7: Claudia, Aishah tersingkir

KUALA LUMPUR 2 Mei - Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) sekali lagi melakukan kejutan apabila menyingkirkan serentak dua orang pelajarnya, Claudia Fay Geres, 24, dan Siti Aishah Bujang, 18, pada konsert mingguan keempat malam tadi.

Bagaimanapun, kedua-dua pelajar itu bersama lapan peserta yang tersingkir sebelum ini, berpeluang kembali beraksi di pentas AF7 apabila undi masuk diumumkan beberapa minit kemudian dan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan undi masuk itu bagaimanapun boleh diketahui pada malam Isnin ini.

Undi masuk itu diumumkan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina tidak lama selepas pengacara AC Mizal mengumumkan penyingkiran Claudia dan Aishah, sejurus sebelum berakhirnya konsert tersebut di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini.

Penyingkiran Claudia dan Aishah jelas mengejutkan para pengkritik, tenaga-tenaga pengajar dan penonton.

Ini kerana, kedua-duanya dikatakan sentiasa membuat persembahan terbaik malah malam tadi mereka menerima pujian dan komen positif daripada pengkritik-pengkritik.

Dalam konsert yang bertemakan teater muzikal itu, Claudia menyanyi lagu Katakan (Teater Puteri Gunung Ledang, slot Akasia - Impak Maksima).

Keputusan pihak penerbit AF7 itu, nyata memberi kejutan bukan saja di kalangan para pelajar tetapi mereka yang berada di Dewan Sri Putra.

Dengan penyingkiran itu, ia menjadikan tinggal empat pelajar yang masih berpeluang merebut gelaran juara AF7.



-----------------------------------------------------------------------------------

Claudia, Aishah tersingkir AF7

KUALA LUMPUR: Akademi Fantasia 7 (AF7) sekali lagi membuat kejutan dengan menyingkirkan dua pelajar, Claudia Fay Geres dan Siti Aishah Bujang pada konsert mingguan kelapan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Kedua-dua peserta wanita itu berasal dari Kuching, hanya mampu bertahan setakat minggu ini dan mengikuti jejak lapan rakannya yang tersingkir lebih awal apabila menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) paling rendah. Pengumuman penyingkiran dibuat oleh pengacara AF7, AC Mizal pada konsert itu.

Dalam konsert yang bertemakan persembahan teater muzikal itu, Claudia, 24, membawakan lagu Katakan - Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang, manakala Aishah, 18, menyanyikan lagu Akasia - Teater Muzikal Impak Maksima. Persembahan peserta dinilai oleh pengkritik tetap, Datuk Khadijah Ibrahim, Adlin Aman Ramlie dan Edrie Hashim.

Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina turut mengumumkan AF masuk bagi peserta yang tersingkir, mulai minggu depan.

Mereka yang masih bertahan ialah Ismaliza Ismail (Isma), Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), Afiq Hakim Ahmad (Akim) dan Mohd Yazid Ibrahim (Yazid).



0 Komentar untuk "AF7: Claudia, Aishah tersingkir"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI