|
|
KUALA LUMPUR - Datuk Siti Nurhaliza malam tadi merangkul lima anugerah utama pada Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Anugerah yang diraih ialah Susunan Muzik Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik.
Penyanyi nombor satu negara itu juga berjaya mengekalkan kejuaraannya seperti tahun sebelumnya menerusi Persembahan Vokal Terbaik (Wanita).
Dengan kemenangan itu juga, Siti Nurhaliza yang tidak dapat hadir malam tadi kerana sedang mengerjakan umrah berjaya mencipta sejarah apabila memenangi gelaran tersebut buat kali kesepuluh sekali gus menghampakan tiga calon lain iaitu Ayu, Dina dan Shila.
Sementara itu, Anugerah Vokal Terbaik (Lelaki) Dalam Lagu pula menyaksikan kemenangan berpihak kepada Aizat yang mengetepikan saingannya iaitu Reshmonu, Bob dan Rithan.
----------------------------------------------------------------------------------
Penantian 7 tahun Misha berbaloi, Siti tetap unggul
KUALA LUMPUR: Keunggulan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin masih menjadi hak miliknya apabila lagu-lagu dan album nyanyiannya masih dinobatkan sebagai yang terbaik.
Siti memenangi empat anugerah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Anugerah itu adalah Album Pop Etnik Terbaik (Lentera Timur), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Di Taman Teman, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Pada CintaNya) dan Album Terbaik (Lentera Timur).
Sementara itu, penyanyi Misha Omar buat pertama kalinya berjaya meraih empat anugerah iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya), Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam & Hawa), Lagu Terbaik (Nafas Cahaya) dan Album Pop Terbaik (Misha Omar).
Bagaimanapun, Siti tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut yang dihoskan oleh Adibah Noor, Asdlin Shauki, dan Bob Lokman kerana sedang mengerjakan umrah.
Sebanyak 28 kategori dipertandingkan. Pemenang bagi setiap kategori:
1) Artis Baru Terbaik: Meet Uncle Hussain
2) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Aizat- Lagu Kita
3) Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Datuk Siti Nurhaliza- Di Taman Teman
4) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu: Raihan- Assubhu Bada
5) Kulit Album Terbaik - Pereka: Vignes Balasingam (Album : Remain Unknown; Artis: Estranged
6) Rakaman Album Terbaik- Jururakam: Reshmonu, Murali, Will Quinell & C.L. Toh (Album: Harapan; Artis: Reshmonu)
7) Video Muzik Terbaik - Pengarah: Kerol (Video Muzik: 1000 Tahun (Mahu Hidup); Artis : Butterfingers)
8) Album Pop Etnik Terbaik: Lentera Timur (Artis: Datuk Siti Nurhaliza; Produser: Johari Teh, Johan Nawawi, Aubrey Suwito, M. Nasir, Khairil Johari Johar, Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan, Pak Ngah, Zul Mahat, S. Atan & Datuk Siti Nurhaliza)
9) Lagu Pop Etnik Terbaik : Nafas Cahaya (Komposer: M. Nasir; Penulis Lirik: Loloq; Artis: Misha Omar)
10) Album Nasyid Terbaik: Nostalgia Nadamurni (Artis: Rabbani; Produser: Salleh Brotherz)
11) Lagu Nasyid Terbaik: Bila Nur Melimpah Di Hati (Komposer: Asri Ibrahim; Penulis Lirik: Ito Lara; Artis: Rabbani
12) Album Rock Terbaik: Hujan (Artis: Hujan; Produser: Noh Hujan)
13) Lagu Rock Terbaik: Bila Aku Sudah Tiada (Komposer: Noh Hujan; Penulis Lirik: Noh Hujan; Artis: Hujan)
14) Album Pop Terbaik: Misha Omar (Artis: Misha Omar; Produser: Ramli M.S., Ajai, Aidit Alfian, Azmeer, Cat Farish & Nurfatima)
15) Lagu Pop Terbaik: Cinta Adam & Hawa (Komposer: Azmeer; Penulis Lirik: Loloq; Artis: Misha Omar)
16) Lagu Hip Hop Terbaik: Mentera Beradu (Komposer: Malique, D’Navigator & M. Nasir; Penulis Lirik: Malique & M. Nasir; Artis: Malique feat M. Nasir)
17) Album Hip Hop Terbaik: OK (Artis: Malique)
18) Album Inggeris Tempatan Terbaik: President (Artis: Joe Flizzow; Produser: DJ T-Bone, Goldfish, Koko, Syaheed, Terrytyelee, DJ Iman, Don M, Joe Flizzow & Khan)
19) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: KL Streets (Komposer: Malique & D’Navigator; Penulis Lirik: Malique; Artis: Malique feat Lah)
20) Album Cina Tempatan Terbaik: Will Be Good (Artis: Will Ng; Produser: Cheng Lee, Will Ng & David Koon)
21) Lagu Cina Tempatan Terbaik: Man Jiang Hong (Komposer: Alex San; Penulis Lirik: Ah Guan; Artis: Man Jiang Hong)
22) Album India Tempatan Terbaik: Ethirrpaarkiren (Artis: Anbarasan & Anuratha; Produser: Anbarasan & Anuratha)
23) Lagu India Tempatan Terbaik: Ethirrpaarkiren (Komposer: Anbarasan; Penulis Lirik: Divya Saraswathy; Artis: Anbarasan & Anuratha)
24) Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Ayat-Ayat Cinta - Rossa
25) Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Penggubah: Audi Mok (Lagu: Pada CintaNya; Artis: Datuk Siti Nurhaliza)
26) Lagu Terbaik: Nafas Cahaya (Misha Omar)
27) Album Terbaik: Lentera Timur (Datuk Siti Nurhaliza)
28) Anugerah Wirama: Habsah Hassan (Penulis Lirik)
------------------------------------------------------------------------------------
Siti Nurhaliza pertahan Anugerah Vokal Terbaik AIM16
|
|
KUALA LUMPUR 2 Mei - Kemantapan vokal Datuk Siti Nurhaliza ternyata sukar digugat apabila buat kali kesepuluh dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik Di Dalam Album (Wanita) menerusi lagu Di Taman Teman pada Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM16) di sini malam ini.
Dominasi Siti dalam kategori itu bermula sejak tahun 1999 menerusi album Adiwarna diikuti Pancawarna (2000), Sahmura (2001), Konsert Mega Siti (2002), Sanggar Mustika (2003), E.M.A.S (2004), Prasasti Seni (2005), Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London (2006) dan Hadiah Daripada Hati (2008).
Siti menewaskan tiga pencabar yang dicungkil bakat daripada program realiti iaitu juara dan naib juara One In A Million musim kedua (OIAM2) Ayu dengan lagu Hanya Di Mercu, Shila (Memori Tercipta) dan naib juara Malaysian Idol (MI) iaitu Dina (Sejauh ini).
Pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Siti turut memenangi kategori Album Terbaik melalui album Lentera Timur.
Ini kali kelima Siti memenangi kategori itu selepas album Adiwarna (1999), Seri Balas (2000), E.M.A.S (2004) dan Transkripsi (2007).
Tahun lalu, kategori tersebut dimenangi oleh Faizal Tahir menerusi album Aku.Muzik.Kamu.
Pada anugerah kali ini, Siti turut mencalonkan sebuah lagi lagu untuk kategori serupa, Di Kayangan Kita.
Dalam pada itu, Misha Omar turut unggul dengan menaiki pentas sebanyak tiga kali apabila dua lagu nyanyiannya, Nafas Cahaya ciptaan M. Nasir dan Cinta Adam dan Hawa ciptaan Azmeer masing-masing memenangi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik serta Lagu Pop Terbaik.
Album berjudul Misha Omar pula memenangi Album Pop Terbaik.
Kumpulan Meet Uncle Hussain mencatat kejayaan sulung dalam AIM16 apabila dipilih sebagai Artis Baru Terbaik mengetepikan pesaing terdekat iaitu Hujan, Joe Flizzow, Malique dan Suki.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi Joe Flizzow apabila album President merangkul anugerah Album Inggeris Tempatan Terbaik.
Kategori baru, Lagu Hip Hop Terbaik menyaksikan lagu Mentera Beradu ciptaan Malique, D'nabigator dan M. Nasir sebagai pemenang.
Pemenang lain ialah Aizat (Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki), Rabbani (Album Nasyid Terbaik), Asri Ibrahim (Lagu Nasyid Terbaik), Hujan (Album Rock Terbaik), Noh Hujan (Lagu Rock Terbaik), Audi Mok (Susunan Muzik Terbaik).
Selain itu, Raihan turut memenangi Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik) manakala Vitnes Balasingam (Kulit Album Terbaik) dan Kerol (Video Muzik Terbaik).
Sementara itu, Anugerah Wirama AIM 16 diberikan kepada penulis lirik terkenal, Habsah Hassan.
-----------------------------------------------------------------------------
Siti masih unggul
Oleh Suzan Ahmad
bhnews@bharian.com.my
AIZAT menang kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu. |
Menang 4 anugerah pada AIM-16
KUALA LUMPUR: Biarpun industri muzik tanah air didominasi muzik Indie kebelakangan ini, namun penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tetap unggul apabila memenangi empat anugerah termasuk satu kategori utama, Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM), malam tadi.
Siti yang tidak dapat hadir kerana mengerjakan umrah, turut unggul dalam kategori Susunan Muzik Terbaik, Album Pop Etnik Terbaik (Lentera Timur) dan untuk kali ke-10, memenangi Persembahan Vokal Terbaik di dalam lagu (Wanita).
Acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang mempertaruhkan 25 anugerah itu turut dikejutkan dengan pencapaian Misha Omar membawa pulang empat kategori termasuk kategori utama Lagu Terbaik (Nafas Cahaya), Album Pop Terbaik, Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam Dan Hawa) dan Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya).
Penyanyi rap, komposer dan produser Malique yang turut tidak dapat hadir kerana menyambut kelahiran anak sulungnya kelmarin, pula cemerlang menerusi kategori lagu Inggeris tempatan terbaik, Album Hip Hop Terbaik dan Lagu Hip Hop Terbaik.
Kumpulan Indie kembali mengukuhkan kedudukan di persada seni aliran semasa, apabila Hujan membawa pulang dua anugerah termasuk Lagu Rock Terbaik (Bila Aku Sudah Tiada) dan Album Rock Terbaik (Hujan).
Sementara itu, pesaing terdekatnya, Meet Uncle Hussain diumumkan sebagai Artis Baru Terbaik manakala bakat baru, Aizat memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dengan menewaskan nama besar lain seperti Bob, Reshmonu dan Rithan (anggota kumpulan Deja Voodoo Spells).
Bagi kategori lain, kumpulan nasyid popular, Rabbani kekal unggul tahun ini bagi Album Nasyid Terbaik. Bagaimanapun mereka terpaksa akur dengan kumpulan Raihan yang menggungguli persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di dalam lagu.
Satu anugerah khas iaitu Anugerah Wirama diberikan kepada penulis lirik terkenal, Habsah Hassan. Acara AIM-16 yang dikendalikan Adibah Noor, Bob Lokman dan Afdlin Shauki, turut menampilkan persembahan artis hebat yang juga barisan finalis seperti M Nasir, Misha Omar, Rossa, Faizal Tahir, Alyah, Ayu OIAM, Nikki, Dina dan ramai lagi.
0 Komentar untuk "AIM 16"