Tomok jutawan OIAM3
|
|
SHAH ALAM 1 Mei - Penyanyi kumpulan New Boyz, Tomok muncul peserta lelaki pertama menjuarai pertandingan nyanyian, One In A Million 3 (OIAM3) pada konsert minggu terakhir program TV realiti itu di Stadium Malawati di sini malam ini.
Tomok yang menerima hadiah berjumlah RM1 juta juga satu-satunya artis yang menjadi johan OIAM di mana dua juara program TV itu sebelum ini, Suki dan Ayu merupakan peserta wanita daripada kalangan bukan artis.
Selepas diumumkan juara OIAM3, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, berkata, dia tidak menyangka dapat mengetepikan saingannya, Esther dan Aweera pada pertandingan yang ditentukan 100 peratus oleh khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Saya berasa gembira dengan kemenangan ini kerani ia secara tidak langsung mewakili artis-artis lain.
"Saya memang mahu memecahkan tradisi supaya pada tahun ini menjadi peserta lelaki dan artis pertama yang memenangi pertandingan ini," kata Tomok selepas berakhirnya konsert penentuan musim ketiga program TV realiti terbitan 8TV itu yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV tersebut.
Hadiah pertandingan nyanyian tempatan paling lumayan ini menampilkan dua pengkritik tetap, Paul Moss dan Syafinaz Selamat.
Pada pertandingan itu, Tomok menyanyikan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti (lagu baru ciptaan Aubrey Suwito) dengan memperolehi undian SMS tertinggi iaitu sebanyak 39 peratus mengatasi Esther (33 peratus) dan Aweera (27 peratus) daripada para penonton.
Kemenangan Tomok itu tidak dijangka kerana pada peringkat awal konsert pada malam ini, dia telah tersingkir kerana mendapat undian SMS paling rendah.
Bagaimanapun, daripada 90 peratus undian yang diterima daripada laman web OAIM mahukan supaya Tomok diberi peluang bersaing pada malam ini.
Dengan kemenangan Tomok itu, ia secara langsung memusnahkan impian dua lagi finalis OIAM3 iaitu Aweera dan Esther untuk bergelar jutawan dalam bidang seni suara tanah air.
Tomok juara OIAM musim ketiga
TOMOK juara OIAM musim ketiga selepas menewaskan Aweera dan Eshter di Stadium Malawati, malam tadi. |
SHAH ALAM: Tomok dari Kuala Lumpur menjadi artis lelaki pertama membawa pulang RM1 juta apabila dipilih juara One In A Million (OIAM) musim ketiga pada pertandingan akhir program realiti yang diadakan di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.
Tomok menjadi pemenang ketiga selepas Suki dari Seremban, Negeri Sembilan dan Ayu Damit dari Sabah dalam program terbitan stesen televisyen 8TV itu.
Kemenangan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 24, selepas dia menerima 39.3 peratus undi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap.
Pada pertandingan peringkat akhir itu, Tomok mendapat kepercayaan Aubrey Suwito menyanyikan lagu Rindu Terhenti yang liriknya tulisan Tinta S Lagu, seterusnya, lagu popular nyanyian asal Aizat berjudul Hanya Kau Yang Mampu untuk mengetepikan Eshter dan Aweera.
Esther atau nama sebenarnya, Elizabeth Applunius Chin, 21, dari Kota Kinabalu, Sabah menyanyikan lagu baru berjudul Mimpiku nukilan komposer, Sharon Paul dan lirik oleh Lew Mable. Untuk lagu kedua, dia mengalunkan lagu dendangan Rihanna, Please Don’t Stop The Music.
Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 18, dari Perlis pula menyanyikan lagu ciptaan Lin Li Zhen dan lirik, Pacha Osman berjudul Ku Di Sini. Untuk lagu kedua, dia mendendangkan tiga lagu, Sampai Syurga, My Baby You dan Hukum Karma secara medley.
Malam kemuncak OIAM3 masih mengekalkan Syafinaz dan Paul Moss sebagai pengkritik tetap. Dikendalikan Awal Ashaari dan Marion Counters sebagai pengacara, acara itu turut dimeriahkan dengan persembahan juara OIAM musim kedua, Ayu dan kumpulan Bunkface.
Rezeki Tomok
Oleh Elrafaei Sapiahmadelrafaei@hmetro.com.my
Awal dan Marion." title="JUARA...Tomok ketika diumumkan juara OIAM3 oleh Awal dan Marion." border="0" width="300" height="195"> |
JUARA...Tomok ketika diumumkan juara OIAM3 oleh Awal dan Marion. |
SHAH ALAM: Walaupun diumumkan tersingkir pada permulaan pertandingan akhir program realiti, One In A Million musim ketiga (OIAM3), namun rezeki tetap menyebelahi Shah Indrawan Ismail atau Tomok sehingga bergelar juara pada pentas akhir pertandingan itu yang berlangsung di Stadium Malawati di sini, malam tadi.
Tomok, 24, dari Kuala Lumpur, menewaskan dua lagi peserta Elizabeth Applunius Chin (Esther), 21, dan Nasharul Aweera Norihissham (Aweera), 18.
‘Penyingkiran’ Tomok pada awal pertandingan diumumkan pengacara OIAM3, Awal Ashaari dan Marion Caunter namun dia ‘dimasukkan’ semula.
Tomok yang ditemui selepas diumumkan sebagai pemenang ternyata terkejut, namun gembira kerana penyokongnya memberi sepenuh kepercayaan terhadap kemampuannya sebagai penyanyi dan penghibur.
“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini meskipun pada mulanya diumumkan tersingkir. Bagaimanapun, mungkin kerana rezeki, saya terpilih semula untuk bertanding dengan Esther dan Aweera berdasarkan SMS penonton menerusi laman web 8TV,” katanya.
Menurutnya, dia juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemenang lelaki pertama bagi program realiti itu yang masuk tahun ketiga.
“Saya gembira kerana berjaya memecah tradisi senarai juara yang dimenangi dua wanita iaitu Suki dan Ayu,” katanya yang akan merakamkan album dengan kerjasama komposer tempatan seperti Aubrey Suwito.
Dengan undian 39.3 peratus, Tomok mengenepikan Esther yang mendapat 33.29 peratus undian dan Aweera 27.41 peratus.
Persembahan bertenaganya dalam menyampaikan dua lagu iaitu Hanya Kau Yang Mampu dan lagu baru, Rindu Terhenti mendapat sorakan penyokongnya yang hadir menyaksikan persembahan secara langsung di stadium, malah turut menerima pujian dua juri, Syafinaz Selamat dan Paul Moss.
Esther yang tidak kurang hebatnya beraksi pada pentas akhir membawakan dua lagu iaitu Please Don’t Stop The Music dendangan asal Rihanna dan lagu baru, Menggapai Mimpi serta Aweera dengan lagu medley Sampai Syurga, My Baby You dan Hukum Karma serta lagu baru, Kini Ku di Sini.
Selaku juara, Tomok membawa pulang hadiah lumayan wang tunai RM1 juta dan kontrak rakaman bersama Monkey Bone serta proses rakaman albumnya akan dimulakan dalam masa tiga bulan.
SHAH ALAM: Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada awalnya `tersingkir' berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam.
Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggu lalu.
Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali' apabila orang ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.
Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web www.8tv.com.my/oiam.
Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan peluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.
Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta S.
Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.
"Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran," katanya.
Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam.
Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).
Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusan tinjauan mStar (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu, Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus).
Tomok kini jutawan juarai OIAM3
AYU SUKI
SHAH ALAM - Vokalis kumpulan New Boyz (NB), Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 25, mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis lelaki pertama menjuarai rancangan realiti One In A Million musim ketiga (OIAM3) di sini semalam.
Dua musim OIAM terdahulu dimenangi berturut-turut oleh peserta wanita iaitu Suki dan Ayu.
Kemenangan Tomok yang membawa lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat (AF5) dan sebuah lagu baru, Rindu Terhenti ciptaan Aubrey dan Tinta S. sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.
Sememangnya hadiah tersebut telah ditakdirkan menjadi rezeki Tomok walaupun pada awal rancangan dia diumumkan mendapat undian paling rendah dan hampir dikeluarkan.
Bagaimanapun, pada saat-saat akhir dia dimasukkan semula sebagai finalis atas permitaan khidmat pesanan ringkas (SMS) orang ramai.
Kemenangan tersebut membenam impian dua finalis lain iaitu Esther dan Aweera untuk bergelar juara pada pertandingan akhir terbitan 8TV yang berlangsung di Stadium Malawati di sini.
0 Komentar untuk "OIAM MUSIM KE-3 : TOMOK JUTAWAN OIAM 3"