Anwar yakin PH akan bangkit - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anwar yakin PH akan bangkit


SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) menyifatkan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai satu peringatan kepada pimpinan PH supaya memberi perhatian sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kebimbangan itu antara lain berkait dengan isu ekonomi dan kos sara hidup.

Bagaimanapun, beliau berkata, kekalahan itu bukan pengakhiran kepada PH untuk kembali membina momentum sokongan rakyat.

“Saya melahirkan keyakinan PH akan kembali bangkit mendapat sokongan rakyat selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, atas kemenangan diraih pada PRK kali ini.

“Keputusan PRK DUN Rantau ini adalah keputusan rakyat. PH dan PKR menghormati keputusan itu dan mengucapkan tahniah kepada Mohamad,” katanya.

Ucapan penghargaan juga ditujukan Anwar kepada jentera PKR dan parti komponen PH yang lain kerana berjaya menunjukkan kematangan serta contoh baik ketika sesi kempen.

PRK DUN Rantau menyaksikan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berjaya mengekalkan kerusi tradisinya selepas menang dengan majoriti 4,510 undi

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/04/552671/anwar-yakin-ph-akan-bangkit
0 Komentar untuk "Anwar yakin PH akan bangkit"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI