Isu tanah Felda: Najib gesa siasatan terperinci - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Isu tanah Felda: Najib gesa siasatan terperinci



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pemilikan tanah melibatkan Felda di Jalan Semarak di ibu negara.
Dalam catatan bersiri di laman Twitter hari ini, Najib berkata tindakan akan diambil terhadap sebarang kecuaian atau salah laku berasaskan laporan siasatan.

“Siasatan akan dijalankan bagi memastikan sekiranya ada kecuaian atau salah laku oleh mereka yang terbabit.

“Langkah memelihara kepentingan Felda dan peneroka perlu diambil,” katanya.
Beliau juga meminta Felda mengambil tindakan yang sepatutnya bagi melindungi kepentingannya setelah dimaklumkan mengenai isu tanah berkenaan.

“Kepentingan Felda dan peneroka mesti sentiasa kita jaga dalam segala usaha pembangunan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanahnya yang dianggarkan bernilai RM270 juta di Jalan Semarak susulan laporan yang menimbulkan tanda tanya berhubung urusan pindah milik tanah berkenaan.

Selain laporan polis yang dibuat pada 12 Disember lepas, tindakan turut diambil dengan mendaftarkan kaveat ke atas tanah itu, membatalkan surat kuasa wakil penuh yang dikeluarkan dan mengambil tindakan sivil terhadap pihak yang terlibat.
0 Komentar untuk "Isu tanah Felda: Najib gesa siasatan terperinci"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI