Muhyiddin Akan Lebih Lantang, Setuju Sertai Himpunan Tolak Najib - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Muhyiddin Akan Lebih Lantang, Setuju Sertai Himpunan Tolak Najib

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir ke perhimpunan yang bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur pada 27 Mac ini.

Muhyiddin berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perhimpunan itu oleh penganjurnya, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan telah menyatakan persetujuan untuk hadir.

"Saya telah diberitahu oleh Datuk Zaid Ibrahim bahawa dia nak adakan perhimpunan ini bagi mengumpulkan pejuang-pejuang untuk menyuarakan bantahan dan tentangan terhadap kepimpinan negara ini.

"Saya fikir kita sehaluan, dan atas dasar itu saya kata insyaAllah saya akan hadir," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Pada sidang media itu, Muhyiddin mengumumkan akan terus kekal bersama Umno walaupun digantung jawatan timbalan presiden parti oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) yang bermesyuarat Jumaat lalu.

Muhyiddin berkata, beliau akan menghadiri mana-mana jemputan atau majlis yang dianggap memberi kebaikan dan menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, walaupun digantung daripada jawatan kedua tertinggi parti,  beliau akan terus bersuara bagi menegakkan kebenaran dan menentang sebarang salah laku yang berlaku dalam kepimpinan negara.

"Ini bukan perbuatan saya, bukan perbuatan 'bro-bro' (Datuk Seri Muhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal) saya di sini. Ini perbuatan hanya seorang manusia yang bernama presiden Umno.

"Kenapa saya hanya dibawa ke MT untuk dihukum, presiden parti yang telah melakukan banyak kesalahan dan tak dihadapkan ke muka pengadilan. Kenapa MT berdiam diri," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau juga tidak takut dipecat seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Setiausaha Agung Ummo, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak lama dulu.

"Bila saya sebut mahu kekal sebagai ahli Umno saya akan terus bersuara, malahan lebih lantang daripada dahulu. Saya tak takut dengan mana-mana ugutan (pecat) seperti itu.

"Kita nak cari satu penjelasan supaya rakyat tahu kedudukan sebenar dan perkara ini ada kaitan dengan Umno," katanya.

Perhimpunan 27 Mac ini bagi mendesak perdana menteri berundur.

Kata Zaid, cara itu bukan merupakan bantahan awam tetapi satu acara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

0 Komentar untuk "Muhyiddin Akan Lebih Lantang, Setuju Sertai Himpunan Tolak Najib"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI