Perbincangan PAS-Umno Tak Pelik - Tuan Ibrahim - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Perbincangan PAS-Umno Tak Pelik - Tuan Ibrahim

PETALING JAYA: PAS sedia duduk berbincang mengenai isu nasional dengan mana-mana pihak, kata timbalan presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, "tiada apa yang pelik" dalam langkah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berkongsi pentas dalam satu majlis baru-baru ini.

Ini kerana presiden PAS terdahulu pernah melakukan perkara yang sama dengan pemimpin sebelum Najib.

Sebagai contoh, Tuan Ibrahim berkata, Datuk Fadzil Noor yang merupakan bekas presiden PAS telah berkongsi pentas dengan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menunjukkan solidariti mereka mengenai nasib masyarakat Palestin.

"PAS akan tetap berpegang teguh dengan menegakkan Islam sebagai dasarnya, dan ia terus bersedia untuk berunding dengan mana-mana pihak untuk membincangkan isu-isu negara yang melangkaui sempadan politik parti," tambahnya.

Kedua-dua Najib dan Abdul Hadi menghadiri pada Multaqa Serantau Alumni Al Azhar di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Majlis itu meluluskan tujuh resolusi di mana antaranya termasuk menyeru kerjasama politik antara Pas dan Umno demi perpaduan umat Islam yang lebih baik dan harmoni.

Majlis berkenaan turut menjadi perhatian berikutan Najib menerusi ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 minggu lalu telah menawarkan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dengan PAS.

Tuan Ibrahim berkata, kesediaan Abdul Hadi untuk berkongsi pentas yang sama dengan Najib menunjukkan keluruhan budi presiden PAS.

"Ini akan menimbulkan rasa kurang senang terhadap pihak yang sentiasa tidak menyukai dasar dan perjuangan PAS, terutama bagi mereka yang percayai majlis ini akan membawa kepada kedua-dua parti bersatu," katanya.

Beliau berkata, tiada keperluan bagi PAS menghabiskan masa untuk berurusan dengan kumpulan yang menentang parti itu.

0 Komentar untuk "Perbincangan PAS-Umno Tak Pelik - Tuan Ibrahim"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI