PAS Boleh Sertai BN Jika Terima Ideologi - Pemuda MCA - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS Boleh Sertai BN Jika Terima Ideologi - Pemuda MCA

BANGI: Tidak mustahil untuk PAS atau parti poltik lain menyertai Barisan Nasional (BN) selagi mereka menerima ideologi dan matlamat gabungan itu, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan hari sukan Pemuda MCA di sini, Sin Woon berkata, terdapat beberapa pihak sebelum ini menyertai dan meninggalkan BN, sambil menambah bahawa PAS suatu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada gabungan itu pada tahun 70-an.

"Bukan hanya PAS, tetapi apa sahaja parti yang mahu menyertai Barisan sebagai sebahagian daripada parti komponennya perlu menerima ideologi kami terlebih dahulu," katanya sambil menambah bahawa agenda hudud yang diperjuangkan PAS bukan sebahagian daripada ideologi BN.

Sin Woon berkata, satu lagi cabaran buat PAS ialah semua parti komponen BN perlu "sebulat suara untuk menerima parti Islam itu sebelum dibenarkan menyertai gabungan berkenaan".

"Ia merupakan salah satu daripada prinsip asas kami. Ia begitu mudah," katanya.

Sin Woon turut meramalkan bahawa MCA, MIC serta parti-parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak akan menentang kemasukan PAS dalam gabungan itu kerana kesemua mereka turut membantah pelaksanaan hukum hudud.

Beliau yang ditanya mengenai kerajaan Kelantan berkata, dari segi pandangan politik, penyertaan PAS akan membolehkan BN memperoleh semula negeri itu serta memperkukuhkan pentadbiran mereka di Terengganu, Kedah dan Perlis.

"Ia juga akan menyatupadukan masyarakat Islam," katanya.

0 Komentar untuk "PAS Boleh Sertai BN Jika Terima Ideologi - Pemuda MCA"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI