DAP: Baik Jadi Apek, Jangan Jadi Mokpek. - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DAP: Baik Jadi Apek, Jangan Jadi Mokpek.


Analisis Isu"Dakwaan DAP bahawa undi Cina akan lari dari PAS adalah ucapan orang kecewa yang pendek akal. DAP kecewa kerana gagal menundukkan PAS dalam isu MB Selangor. Kalau PAS ikut sahaja kata dan kepentingan DAP, DAP taklah kecewa dan marahkan PAS. Maka cara untuk melepaskan rasa kecewa dan amarah itu ialah menakut-nakutkan PAS dengan undi Cina. Rupanya ada juga perangai orang tua iras-iras perangai budak-budak.

Sebahagian Cina DAP mungkin marah pada PAS. Bukan semua Cina sokong DAP. Cina BN dah lama tak sokong PAS. Cina DHPP tetap sokong PAS kalau pemimpin memberi penerangan kepada mereka. Bukan semua Cina DAP setuju DSWA jadi MB. Yang tak setuju tidak bermasalah dengan PAS malah mungkin mengiyakan tindakan PAS dalam diam-diam.

Lagipun, Cina DAP terpaksa berfikir panjang kalau tak undi PAS. Cakap bolehlah. Orang PAS juga boleh cakap tak akan undi DAP. Tetapi mahukah DAP kehilangan Pulau Pinang? Kalau Cina DAP nekad tak nak undi PAS seperti dakwaan beberapa kerat pemimpin DAP, Melayu PAS juga tak akan undi DAP. Sebagai nak ajar DAP, mereka mungkin rela undi MCA atau Gerakan. Kalau semua undi Melayu diberikan kepada Gerakan dan MCA dan UMNO pula menang bergaya, boleh bertukar tangan kerajaan Pulau Pinang nanti. Ketika itulah baru DAP tahu langit tinggi rendah.

Di Selangor, sanggupkah DAP lihat BN/UMNO kembali berkuasa? Apakah DAP sudah rasa UMNO lebih baik daripada PAS? Silakan. Kalau Cina DAP dan PKR tak mahu beri undi kepada PAS, ingat PAS akan beri undi kepada DAP dan PKR? Apabila orang PAS beri undi kepada MCA dan komponen BN yang lain, apa DAP dan PKR ingat dapat perintah Selangor? Lainlah kalau DAP dan PKR rasa undi PASMA mencukupi. Silakan.

PAS ni cerminan budi dan budaya Melayu yang bersendikan Islam. Orang Melayu ini perangainya tak suka memulakan tari. Kami lebih suka menari selepas gendang dipalu. Dan apabila menari, kami menari mengikut gendang. DAP ni memang jenis berbudaya gendang. Tari tak seberapa, bunyi gendang lebih hingga riuh sekampung.

Pendek kata, suka tak suka Cina DAP dan PKR tetap undi PAS apabila tiba saatnya iaitu PRU14. Lainlah kalau mereka dah rasa UMNO lebih baik daripada PAS. Jadi, pemimpin DAP janganlah bercakap macam budak-budak yang merajuk dan nak marah tak bertempat. Jadilah orang tua yang matang. Baik jadi apek daripada jadi mokpek."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 BayangDiAir
0 Komentar untuk "DAP: Baik Jadi Apek, Jangan Jadi Mokpek."

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI