Penswastaan kampus Uitm cepatkan pembinaan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penswastaan kampus Uitm cepatkan pembinaan

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk mengguna pakai Inisiatif Kewangan Awam (PFI) bagi pembinaan enam kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk mempercepatkan proses pembangunannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

"Ia merupakan strategi yang diguna pakai oleh kerajaan. Jika kita menunggu adanya perbelanjaan kerajaan, enam kampus tidak akan dibina dan siap pada 2014, memandangkan kita mempunyai komitmen lain di bawah belanjawan perbelanjaan pembangunan.

"Itulah sebabnya ia dilakukan secara PFI dan ia membolehkan infrastruktur kritikal atau yang diperlukan dibina lebih awal daripada rancangan asalnya, " katanya.

Abdul Wahid berkata demikian selepas pelancaran 'Malaysia Economic Monitor' Bank Dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau juga mengulas kritikan terhadap penswastaan projek-projek oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Semasa menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata ia bermula dengan langkah untuk meningkatkan pengambilan di UiTM kepada 200,000 pelajar pada 2007, dan PFI telah diputuskan pada 2009, yang melibatkan sembilan kampus, dua Pusat Asasi dan satu institut latihan.

Bagaimanapun, fasa pertama hanya melibatkan enam kampus dengan pembinaan bermula pada 2011 dan siap pada tahun ini, katanya.

Mengulas mengenai kos, Abdul Wahid berkata ia jauh lebih tinggi memandangkan jumlah kos termasuk penyelenggaraan kemudahan itu selama 20 tahun.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan kos berkenaan.

"Pastilah setiap kali kita memulakan sebarang inisiatif tertentu, kita mempunyai kos standard dan penanda aras untuk digunakan, di samping memastikan ia munasabah bagi kerajaan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata  mesyuarat kabinet pada Rabu meminta Abdul Wahid supaya menjelaskan perkaraberkenaan secara terperinci. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/nasional/penswastaan-kampus-uitm-cepatkan-pembinaan-1.294340
0 Komentar untuk "Penswastaan kampus Uitm cepatkan pembinaan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI