http://www.sinarharian.com.my/bawa-saksi-penting-baru-kes-selesai-1.195188
SHAH ALAM -Sebaik dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan, timbul persoalan siapa pembunuh sebenar wanita itu.
Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri disahkan telah meninggalkan penjara, pagi semalam .
Dalam rumusan penghakiman mahkamah memutuskan bahawa hakim telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.
PKR antara parti yang konsisten membuat pelbagai pendedahan dalam isu wanita Mongolia ini mendesak agar kes dibuka dan disiasat semula bagi mencari pembunuh sebenar.
"Ini menunjukkan kegagalan Jabatan Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya. Mereka harus jawab.
"Seolah-olah ada satu perancangan awal yang sengaja membolehkan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Altantuya ini, semua terlepas," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua kepada Sinar Harian Online.
Beliau turut menekankan soal kes yang kelihatan lemah ekoran bukan semua saksi terlibat dipanggil.
"Bukan semua yang terlibat sebagai saksi dipanggil. Jadi, ia menunjukkan seolah-olah kes ini lemah.
“Apabila Razak Baginda dibebaskan, Pendakwa Raya juga tidak merayu," katanya.
Dakwa Tian, kes berprofil tinggi ini sebenarnya cuba melindungi pihak-pihak tertentu yang dikategorikan beliau sebagai 'orang terkenal'.
"Sekarang ini, saya tidak pertikaikan apa keputusan mahkamah kerana buktinya tidak mencukupi untuk mensabitkan mereka sebagai pembunuh. Tapi, isu yang nyata di depan kita adalah, Altantuya dibunuh dan suspek-suspek ini bukan orang yang kita tidak tahu. Mereka orang-orang terkenal.
“Tapi kenapa, akhirnya kes ini dibuang begitu sahaja? Jelas sistem pengadilan kehakiman kita sudah dicemari dan orang sudah tidak lagi yakin dengan kredibiliti sistem kehakiman kita," katanya yang juga ahli Parlimen Batu.
Sementara Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipanggil ke kandang saksi untuk disoal siasat.
“Bukti-bukti yang mereka dapat itu ada satu ruang yang tidak ada jawapan. Soalan ‘siapakah yang mengarahkan mereka?’ adalah satu persoalan yang sangat besar untuk menyelesaikan kes ini.
“Mungkin itu jawapan kepada pembunuhan itu. Tapi, di mahkamah soalan sepenting ini tidak dibenarkan untuk ditanya,” katanya.
Tambahnya, “Najib sendiri perlu dipanggil sebagai saksi. Dia perlu menjawab apa kaitan dia dengan Altantuya, Sirul, Razak Baginda? Jika Najib dibawa ke kandang saksi, mungkin kita akan dapat jawapan bagi beberapa persoalan.”
Mengulas lanjut mengenai pembebasan dua anggota polis itu, Zuraida menekankan bahawa kes ini masih belum selesai.
“Ketika mereka ditangkap, mereka dakwa seolah-olah mereka ini menjadi kambing hitam. Apabila mereka dibebaskan, kes ini tidak selesai.
“Maknanya, kes ini masih lagi terbuka. Masih lagi harus disiasat, siapa pembunuh sebenar Altantuya? Hakikatnya Altantuya terbunuh dan dibom. Jadi, siapa orang yang membunuhnya dan siapa orang di belakang pembunuhan itu?,” soalnya.
Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang menambah, “dengan pembebasan Sirul dan Azilah, maka pihak pendakwa harus teruskan dakwaan seterusnya, untuk membuka fail dan meneliti semula siapa-siapa yang terlibat dalam kes ini.”

0 Komentar untuk "Bawa saksi penting, baru kes selesai"