http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Azilahtenang_SirulAzhargembirabebas/Article/
Keputusan diiringi rasa syukur, tangisan keluarga
Putrajaya: Cif Inspektor Azilah Hadri tenang dan hanya berdiam diri selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, manakala Koperal Sirul Azhar Umar kelihatan gembira dengan keputusan itu.
Penghakiman Mahkamah Rayuan setebal empat muka surat itu dibacakan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dalam bahasa Inggeris, bagaimanapun Hakim, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali kemudian memberikan penjelasan dalam bahasa Malaysia kepada kedua-dua tertuduh. Turut bersidang Hakim, Datuk Linton Albert.
Sirul Azhar yang selama ini terkenal dengan wajahnya yang serius sepanjang prosiding kes sama ada di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rayuan, sambil tersenyum turut berpaling ke arah ahli keluarganya yang berada di tempat duduk awam selepas mengetahui dirinya bebas.
Sebelum mereka dibawa keluar dari bilik mahkamah, Sirul Azhar, 42, sempat berkata: “Terima Kasih Yang Arif”.
Sementara itu, keputusan itu diiringi rasa syukur dan tangisan oleh keluarga masing-masing.
Beri kata semangat
Tunang Azilah, Norazila Baharudin 35, bersyukur dengan keputusan itu yang disifatkannya sebagai hadiah paling bermakna buatnya di bulan Syawal selepas penantian tujuh tahun.
“Dalam masa tujuh tahun ini kami sudah menempuh bermacam-macam perkara. Kami gembira dengan keputusan ini,” katanya dengan linangan air mata selepas prosiding di Mahkamah Rayuan di sini, semalam.
Pengurus Operasi sebuah syarikat pembinaan itu berkata, sejak Azilah ditahan dan dipenjarakan beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dan melawatnya di penjara kerana tunangnya itu tidak mempunyai sesiapa untuk meluahkan perasaan di penjara.
Ketika ditanya mengenai keluarga Azilah, Norazila atau lebih dikenali sebagai Lala yang mengikat tali pertunangan dengan Azilah pada 2006 berkata, beliau tidak membawa ibu bapa tunangnya ke mahkamah kerana bimbang keadaan kesihatan mereka.
Katanya, beliau dan Azilah masih belum membuat perancangan bila akan melangsungkan pernikahan.
Doa dimakbul
Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun juga amat bersyukur kerana bapanya akhirnya bebas dan tidak sabar untuk berjumpa dengannya.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan Azilah berkata, amat bersyukur kerana Tuhan memperkenankan doanya dan mengakui masih lagi berdebar-debar selepas menerima keputusan itu.
“Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana... mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu,” katanya.
Sirul Azhar pula mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya, keluarga terutama ibunya yang tidak putus berdoa dan pihak penjara yang menjaganya dengan baik.
“Saya berhasrat untuk menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini,” katanya.
Gambar fail Azilah dan Sirul Azhar dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Putrajaya: Cif Inspektor Azilah Hadri tenang dan hanya berdiam diri selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, manakala Koperal Sirul Azhar Umar kelihatan gembira dengan keputusan itu.
Penghakiman Mahkamah Rayuan setebal empat muka surat itu dibacakan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dalam bahasa Inggeris, bagaimanapun Hakim, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali kemudian memberikan penjelasan dalam bahasa Malaysia kepada kedua-dua tertuduh. Turut bersidang Hakim, Datuk Linton Albert.
Sebelum mereka dibawa keluar dari bilik mahkamah, Sirul Azhar, 42, sempat berkata: “Terima Kasih Yang Arif”.
Sementara itu, keputusan itu diiringi rasa syukur dan tangisan oleh keluarga masing-masing.
Beri kata semangat
Tunang Azilah, Norazila Baharudin 35, bersyukur dengan keputusan itu yang disifatkannya sebagai hadiah paling bermakna buatnya di bulan Syawal selepas penantian tujuh tahun.
“Dalam masa tujuh tahun ini kami sudah menempuh bermacam-macam perkara. Kami gembira dengan keputusan ini,” katanya dengan linangan air mata selepas prosiding di Mahkamah Rayuan di sini, semalam.
Pengurus Operasi sebuah syarikat pembinaan itu berkata, sejak Azilah ditahan dan dipenjarakan beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dan melawatnya di penjara kerana tunangnya itu tidak mempunyai sesiapa untuk meluahkan perasaan di penjara.
Ketika ditanya mengenai keluarga Azilah, Norazila atau lebih dikenali sebagai Lala yang mengikat tali pertunangan dengan Azilah pada 2006 berkata, beliau tidak membawa ibu bapa tunangnya ke mahkamah kerana bimbang keadaan kesihatan mereka.
Katanya, beliau dan Azilah masih belum membuat perancangan bila akan melangsungkan pernikahan.
Doa dimakbul
Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun juga amat bersyukur kerana bapanya akhirnya bebas dan tidak sabar untuk berjumpa dengannya.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan Azilah berkata, amat bersyukur kerana Tuhan memperkenankan doanya dan mengakui masih lagi berdebar-debar selepas menerima keputusan itu.
“Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana... mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu,” katanya.
Sirul Azhar pula mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya, keluarga terutama ibunya yang tidak putus berdoa dan pihak penjara yang menjaganya dengan baik.
“Saya berhasrat untuk menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini,” katanya.
0 Komentar untuk "Azilah tenang, Sirul Azhar gembira bebas"