Datuk Johari Abdul Ghani
Datuk Johari Abdul Ghani
UDA Holdings Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Johari Abdul Ghani sebagai pengerusi kumpulan itu, menggantikan Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed yang tamat perkhidmatan pada 16 April lalu.

Pelantikan Johari berkuat kuasa 8 Julai lalu.

Johari mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam dunia korporat dengan kepakaran membaik pulih prestasi syarikat melalui penstrukturan kewangan dan penggabungan serta pengambilalihan.

Beliau pernah dilantik sebagai pengarah urusan beberapa syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.