579 PELAJAR BARU KUIN LAFAZ IKRAR - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

579 PELAJAR BARU KUIN LAFAZ IKRAR

TAHNIAH kepada mahasiswa-mahasiswa baru yang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah yang semakin gah diperkatakan oleh masyarakat kini. Persoalannya, kenapa jumlah pelajar kali ini semakin berkurangan walaupun kepimpinan negeri sudah bertukar tangan. Tahun lepas, bila jumlah pelajar merosot, ada yang kritik dengan kerajaan negeri dan sebagainya tetapi kenapa bila perubahan kepimpinan berlaku, jumlah makin merosot juga?

Menurut sumber, promosi untuk KUIN tak sempat dilakukan kerana pihak yang bertanggungjawab untuk urusan promosi sudah berhenti ataupun ditukar. Antara alasan yang diberikan, tempoh masa sebulan tidak sempat melakukan apa-apa.

Bukankah di KUIN ada satu SKUAD yang diberikan nama BERSIH KUIN. Selama ini pelbagai masalah KUIN dibangkitkan, SYABAS diucapkan tetapi kenapa BERSIH KUIN tak ambil peranan untuk mempromosikan pengambilan baru KUIN. Kenapa setiap kali ada masalah yang berlaku di KUIN cepat sahaja SKUAD BERSIH KUIN update di blog mereka, sidang media diadakan, media-media utama akan bangkitkan isu ini. Tetapi di mana peranan BERSIH KUIN dalam mempromosikan KUIN seperti mana mereka memperjuangkan masalah-masalah yang berbangkit di KUIN. Adakah ada perbezaan antara membongkar masalah KUIN dan menyebarkan berita-berita yang memberikan kebaikan kepada KUIN?

Mungkin juga BERSIH KUIN terlalu sibuk ialah, promosi KUIN tak sepenting main bowling. Berita pasal main bowling mestilah didahulukan.

http://beritakuin.blogspot.com/2013/06/warna-warni-kejohanan-bowling-bersih.html

Khabar angin sekarang diberitakan pelajar-pelajar yang sudah belajar di kampus Kuala Ketil akan kembali ke Mergong. Harap-harap ini semua khabar angin sebab sebelum ini EXCO KEDAH memberi jaminan Kampus Kuala Ketil akan terus dipertingkatkan

Apa-apa pun SYABAS kepada pelajar baru yang memilih KUIN, sebuah institusi agama yang sedang meningkat naik dan juga kepada BERSIh KUIN yang selama ini bertungkus-lumus membersihkan anasir-anasir yang tidak sihat berlaku di KUIN.

http://www.insaniah.edu.my/portal/index.php/berita-semasa/140-579-pelajar-baru-kuin-lafaz-ikrar


ALOR SETAR, 7 Julai 2013 – Seramai 579 orang pelajar baru KUIN telah melafazkan ikrar dihadapan para pegawai utama KUIN dalam Majlis Penutup Minggu Silaturrahim (MSR) 2013 yang dilangsungkan di Dewan Sultan Abdul Halim Muazam Shah, Kampus KUIN Mergong.

 Majlis yang bermula sekitar jam 2.45 petang itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) KUIN, Saudara Wan Mohd Shahrizan Bin Mohd Yatim. Beliau dalam ucapannya menggesa semua pelajar untuk memberikan komitmen terhadap pelajaran disamping melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diatur oleh pihak MPMKUIN.

 Bacaan ikrar yang diketuai oleh pelajar baru, iaitu saudara Ku Abdurrahman Bin Ku Abdul Hamid kemudiannya diserahkan secara rasmi kepada Dekan Kuliyyah Shariah dan Undang-undang KUIN, Yang Berbahagia Prof Madya Dr Mohd Amin Bin Hj Abdul Rahman. Beliau sebelum itu berucap bagi merasmikan penutupan tirai MSR 2013 mewakili Pemangku Rektor KUIN. Memandang kehadapan, tidak mudah berputus asa dan sentiasa positif adalah antara intipati ucapan beliau yang telah menggariskan 11 tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

 Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada penghulu dan penghuluwati MSR 2013 atas kerjasama dan komitmen yang telah mereka berikan untuk menjayakan program selama 4 hari itu. Bacaan doa kemudiannya oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa KUIN, Dr. Sheikh Faiq Shahatha Mahmoud Al-Misyhedani mengakhiri majlis pada jam 3.45 petang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah para dekan-dekan kuliyyah, keta-ketua jabatan, pegawai-pegawai pentadbiran dan beberapa orang pensyarah.


0 Komentar untuk "579 PELAJAR BARU KUIN LAFAZ IKRAR"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI