China mahu stesen angkasa lepas sendiri - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

China mahu stesen angkasa lepas sendiri

BEIJING 7 Nov. – China, negara yang ketiga menghantar angkasawannya ke angkasa menggunakan roket sendiri selepas Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat, bercadang melancarkan sebuah stesen angkasa lepas milik sendiri menjelang 2020.

“Stesen angkasa lepas terbaru itu hanya berskala kecil iaitu seberat kira-kira 20 tan sahaja,” lapor akhbar China Daily, yang memetikkan kenyataan yang dibuat oleh Long Lehao, ketua pereka Long March 3A, roket pelancar stesen pengkaji bulan itu.

“Ini merupakan pertama kali jadual kerja pembinaan stesen itu didedahkan kepada umum iaitu langkah ketiga dan terakhir bagi program angkasa terkini negara ini,” kata beliau.

Agensi berita Xinhua pula melaporkan, Chang’e 1 iaitu roket pengkaji bulan pertama milik negara ini kini memasuki obitnya selepas dua minggu bergerak menuju ke bulan.

Kedudukan di orbit itu merupakan destinasinya yang terakhir di mana ia akan melakukan kerja-kerja penyelidikan saintifik selama sekurang-kurangnya setahun.

Satu-satunya stesen angkasa lepas yang ada sekarang adalah Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) seberat 400 tan hasil kerjasama 16 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Rusia, Jepun, Kanada, Brazil dan 11 negara lagi dari Agensi Angkasa Eropah (ESA).

– Reuters

0 Komentar untuk "China mahu stesen angkasa lepas sendiri"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI