BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Padat, jelas dan komprehensif. Itulah yang boleh Awang rumuskan daripada ucapan perasmian Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi pada Perhimpunan Agung UMNO, semalam.

Segala elemen penting yang menuntut perhatian semua golongan termasuk orang Melayu dan bukan Melayu, terkandung dalam ucapan tersebut.

Lebih menarik Abdullah menetapkan hala tuju perjuangan parti bagi fasa kedua 50 tahun selepas kemerdekaan negara.

Apatah lagi ucapan beliau itu merupakan amanat perhimpunan agung pertama UMNO untuk fasa tersebut.

Maka Awang berharap selepas ini orang Melayu secara keseluruhannya lebih serius dalam melonjakkan pencapaian bangsa.

Apa yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri menuntut keinsafan kita tentang perlunya orang Melayu lebih berani dan yakin untuk bersaing pada era baru ini.

Kepada kaum lain pula, peringatan beliau cukup jelas betapa mereka perlu lebih memahami sensitiviti orang Melayu.

Bacalah mesej dan galilah segala makna dalam amanatnya itu. Seperkara yang turut terserlah – jangan ambil mudah Abdullah dalam menangani cabaran Melayu.

Awang – Makin bangkit semangat.

0 Komentar untuk "BISIK-BISIK AWANG SELAMAT"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI