Datuk Aliff Syukri Kamarzaman Nafi Dakwaan MB Kedah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman Nafi Dakwaan MB Kedah

KOTA DAMANSARA: Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menafikan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa penolakan tajaan syarikat itu terhadap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bernilai RM30 juta bagi mengelakkan hak rakyat negeri itu tergadai.

Aliff mempersoalkan dakwaan Ahmad Bashah yang juga Presiden KFA seolah-olah beliau mahu merampas tanah milik rakyat Kedah berhubung cadangan pembangunan tanah berkeluasan 60 hektar di Jabi, Pokok Sena.

"Ingin saya perjelaskan bahawa tanah itu adalah cadangan pembangunan usahasama antara D'Herbs dan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah  (PKNK).

"Ia adalah cadangan pembangunan dengan kerjasama PKNK, bukannya cadangan merampas tanah di Kedah.

"Ia bukan tanah secara percuma untuk saya mahupun kaum kerabat saya, tetapi untuk membangunkan negeri Kedah," katanya pada sidang media di Wisma D'Herbs di sini, Jumaat.

Ahmad Bashah menerusi akaun Facebook miliknya pada Khamis menjelaskan, beliau bertanggungjawab memastikan hak rakyat negeri ini tidak tergadai berhubung penolakan tajaan D'Herbs berjumlah RM30 juta kepada KFA.

Dalam pada itu, Aliff turut kecewa dengan penyebaran mesej Bendahari KFA, Mohd Yusof bahawa menolak penajaan D’Herbs dengan jawapan kerajaan negeri dan menteri besar tidak akan menggadaikan negeri sekadar untuk memajukan bola sepak.

Aliff berkata, beliau amat kecewa dengan kenyataan Ahmad Bashah yang sedia maklum dengan cadangan pembangunan itu sejak lebih dua bulan lalu.

"Kalau tidak boleh pun, kenapa tidak berbincang dengan kami secara baik, kenapa buat kenyataan sebegitu?

"Kalau betul ada bukti saya ambil tanah secara percuma, saya Aliff Syukri Kamarzaman bagi RM100 juta," katanya.

Ditanya adakah beliau akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan yang dilemparkan kepadanya, Aliff berkata, beliau hanya mahu membersihkan namanya yang tercemar dan dikecam teruk oleh masyarakat terutama rakyat Kedah.

"Bagaimanapun saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman malu sekiranya pihak berkenaan terus mengeluarkan kenyataan fitnah kepada saya dalam hal ini," tegas Aliff.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar pada Rabu lalu berkata, keputusan penolakan tajaan itu dibuat selepas mendapati ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh  pihak penaja sukar untuk diterima KFA.

Pada 23 April lalu, Aliff mengesahkan D'Herbs bersetuju menaja RM30 juta untuk tempoh tiga tahun untuk program pembangunan bola sepak serta membaiki Stadium Darul Aman.

Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, dirinya kini berada dalam dalam ‘tempoh bertenang’ sebelum mempertimbangkan untuk  menaja pasukan bola sepak lain pada masa akan datang.

Jutawan kosmetik itu menyifatkan isu penolakan tajaan syarikatnya terhadap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berjumlah RM30 juta sebagai satu hikmah.

Bagaimanapun katanya, beliau belum mahu membuat sebarang keputusan untuk menaja pasukan lain pada masa ini sehingga semuanya reda.

“Saya mahu rehat dulu dan tenangkan fikiran. Saya ini kalau macam perempuan... tengah dalam tempoh iddah sekarang, dah kena 'cerai' dengan Kedah.

“Jadi, saya tunggu dahulu. Apa yang akan terjadi, saya tidak tahu. Saya tidak keluarkan kenyataan merajuk,” katanya pada sidang media di Wisma D’Herbs di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mahu menaja pasukan lain selepas rancangannya untuk menaja skuad Helang Merah ditolak KFA.

Aliff berkata, jika terdapat pertimbangan untuk membuat tajaan, beliau mahu memastikan bakal pengurusan pasukan bola sepak itu bersikap profesional.

“Saya naklah (taja), tetapi saya tak mahulah pasukan yang macam budak-budak, pasukan yang 'bolak-balik', sampai saya tunggu dah hampir tiga bulan.

“Saya hendak bersama pengurusan bola sepak yang profesional, ada buat keputusan yang bagus. Tak boleh, cakap tak boleh.

“(Pasukan) yang ada wawasan, yang ada perancangan dan ada keputusan muktamad,” ujar Aliff.

Rabu lalu, KFA mengumum menolak tawaran tajaan D'Herbs berjumlah RM30 juta.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, keputusan penolakkan tajaan itu dibuat selepas mendapati ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja sukar untuk diterima KFA.

Sementara itu, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menerusi akaun Facebook miliknya pada Khamis menjelaskan, beliau bertanggungjawab memastikan hak rakyat negeri ini tidak tergadai berhubung penolakan tajaan D'Herbs.

Aliff bagaimanapun menerusi sidang media pada Jumaat menafikan dakwaan berkaitan dengan tanah seluas 60 hektar itu merupakan cadangan pembangunan di atas usahasama bersama anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

"Ia adalah cadangan pembangunan dengan kerjasama PKNK, bukannya cadangan merampas tanah di Kedah. Ia bukan tanah secara percuma untuk saya mahupun kaum kerabat saya, tetapi untuk membangunkan negeri Kedah," katanya yang mendakwa kecewa terhadap dakwaan Ahmad Bashah.

0 Komentar untuk "Datuk Aliff Syukri Kamarzaman Nafi Dakwaan MB Kedah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI