PETALING JAYA: Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menggerakkan seluruh kekuatan yang ada dalam usaha mencari pesawat hilang iaitu Helikopter jenis RPC6828 bermula Khamis.
Menurut pusat gerakan itu, keanggotaan yang terlibat terdiri daripada 14 anggota Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Menyelamat (Storm); 12 anggota dari unit Multi Skill Team (MUST); 24 anggota dan pengawai bomba serta tujuh penyelam.
Disamping itu, tujuh pacuan empat roda, sebuah lori, sebuah bot kelvar, empat buah bot aluminium dan Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) digunakan bagi operasi berkenaan.
Anggota dan jentera yang terlibat memulakan usaha pencarian Sebuyau, Maludam, Lingga dan Betong.
Pusat gerakan berkenaan juga menyenaraikan kronologi kes seperti berikut -
5 Mei, Khamis
4:12 petang – Helikopter penerbangan dari Stadium Spaoh ke Kuching membawa penumpang seperti berikut :
1.Captain Rudolf Rex Ragas (juruterbang)
2. Datuk Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Perusahaan Perladagan dan Komoditi)
3. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Kangsar)
4. Asmuni Abdullah (Suami Noriah Kasnon)
5. Datuk Dr Sundaran Ann Amalai (Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
6. Ahmad Sobri (Pengawal peribadi kepada Noriah Kasnon)
4.32 petang – Terputus hubungan dengan Menara Kawalan DCA.
9.30 malam – Bilik Gerakan Operasi Bomba diaktifkan sepenuhnya.
9.45 malam – Bomba Simunjan telah tiba di Daerah Sebuyau untuk membuat pemantauan dan melaporkan dari orang awam bahawa tidak terlihat kelibat sebarang Helikopter di kawasan tersebut.
10.15 malam – PGO Sarawak menghubungi Menara Kawalan DCA dan dimaklumkan bahawa maklumat yang menyatakan bahawa helikopter tersebut telah mendarat cemas di Sri Aman adalah tidak benar.
11.30 – Mesyuarat penyelarasan SAR antara Agensi telah diadakan di IPK Kuching.
6 Mei, Jumaat
12.15 tengah malam – Mesyuarat penyelarasan SAR Udara antara agensi telah diadakan di DCA.
1.18 pagi – Ketua Zon 3 melapor berdasarkan maklumat orang Awam yang terlihat Kerlipan lampu yang dipercayai helikopter tersebut di Sungai Batang Lupar di seberang Kampung Skait, Lingga. Anggota bersama sebuah bot dan sebuah ambulan EMRS digerakkan ke lokasi.
2.26 pagi – Ketua Zon 2 memaklumkan bahawa Polis Sebuyau telah terlihat helikopter rendah menuju ke laut dari pantai.
Status Operasi -
Helikopter masih belum ditemui sehingga 3.46 pagi.
Perancangan Operasi pada Jumaat.
6.00 pagi – Operasi SAR dijalankan menggunakan Water Surface Searching di kawasan tumpuan iaitu di Pesisiran Sebuyau dan Triso serta sekitar Lingga.
9.50 pagi: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pasukan SAR menemui serpihan helikopter itu Sebuyau.

0 Komentar untuk "Kronologi Operasi Mencari Helikopter Hilang Di Sarawak"