PETALING JAYA: Isu PKR menipu DAP berhubung pengagihan kerusi pilihan raya negeri Sarawak tidak pernah timbul seperti mana didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau berkata, pertembungan di enam kerusi antara DAP dan PKR sepatutnya boleh dielak.
"Walaupun DAP mengumumkan kerusi yang akan ditandingi sebelum mendapat kelulusan majlis presiden Pakatan Harapan seperti mana yang ditetapkan dalam Perjanjian Pakatan Harapan, PKR terbuka untuk perbincangan sehingga tengah malam pada Ahad dengan harapan saingan tiga penjuru dapat dielak," katanya.
Beliau menambah, bagaimanapun pihak PKR tidak menerima maklum balas daripada Guan Eng.
"Dengan kata lain, Guan Eng telah membuat keputusan untuk bertanding di semua lima kerusi tanpa mempertibangkan cadangan PKR untuk berunding dengan cara adil dan mewujudkan situasi menang-menang," katanya Shamsul menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, adalah menyedihkan apabila kini ada enam kerusi yang sama-sama ditandingi PKR dan DAP, termasuk Batu Kitang.
"Kesan secara langsung adalah ia tidak akan memberi laluan mudah untuk Pakatan Harapan menang, malahan akan mengurangkan peluang calon PKR, Voon Shiak Ni (Batu Kitang)," katanya.
Kata Shamsul, rundingan berkaitan agihan kerusi dijalankan dengan telus dan adil.

0 Komentar untuk "Kerusi PRN Sarawak: PKR Tak Pernah Tipu DAP"