Dividen 6.4 Peratus KWSP Tahun 2015 Amat Berpatutan - Tengku Zafrul - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dividen 6.4 Peratus KWSP Tahun 2015 Amat Berpatutan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Pengumuman dividen 6.4 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2015, berpatutan, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Menerusi satu kenyataan pada Isnin, beliau berkata ia merupakan petunjuk mengenai pengurusan pelaburan yang baik dan berhemat KWSP memandangkan dunia kini berhadapan pelbagai halangan.

Sabtu lepas, tabung simpanan persaraan itu mengumumkan kadar dividen 6.4 peratus, dengan jumlah pembayaran sebanyak RM38.24 bilion.

Peningkatan itu selari dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP yang berjumlah  RM684.53 bilion pada 31 Disember, 2015, manakala pendapatan kasar meningkat 13.18 peratus kepada RM44.23 bilion berbanding RM39.08 bilion pada 2014.-Bernama

0 Komentar untuk "Dividen 6.4 Peratus KWSP Tahun 2015 Amat Berpatutan - Tengku Zafrul"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI