SHAH ALAM: Peserta berasal dari Singapura iaitu Sufi diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini pada malam Ahad.
Kemenangan itu membolehkan Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 24, membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, percutian ke Dubai beserta trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim.
Pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Sufi menyanyikan lagu berjudul Andai Ku Bercinta Lagi dan sebuah lagu baharu ciptaannya Kisah Dua Muka.
Tempat kedua diungguli peserta dari Kuala Lumpur iaitu Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, percutian ke Dubai, dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Bila atau nama sebenarnya Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, percutian ke Dubai serta trofi.
Tempat keempat pula menjadi milik oleh Shahrul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, percutian ke Dubai serta trofi.
Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan Faizal Ismail.
Selain pengkritik tetap, Datuk Ramli MS, turut terlibat ialah Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk AC Mizal dan Fauziah Datuk Ahmad Daud sebagai pengkritik undangan.
Manakala, juri juara iaitu Joe Flizzow dan Stacy.
Selain persembahan para peserta, malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan Sada Borneo, Bunkface, Datuk Sheila Majid dan Caliph Buskers.

0 Komentar untuk "Sufi Juara AF2015, Bawa Pulang RM50,000"