ANALISA PILIHANRAYA 2013 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

ANALISA PILIHANRAYA 2013



Bismillahhirrahmanirrahim,
Salam buat semua pembaca.

MUKADIMAH
Tahniah kepada yang menang dan yang kalah tak semestinya kalah semuanya dan yang menang tak semestinya menang semuanya dan selamanya. Keputusannya BN menang 133 kerusi berbanding PR sebanyak 89 kerusi iaitu bertambah 7 kerusi dari PRU 2008. BN seterusnya membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah susut 7 kerusi dari tahun 2008 ( 140-7=133)

ANALISA PILIHANRAYA 2013
1- Menunjukkan majoriti masyarakat bandar terdiri dari golongan menengah Melayu dan kaum Cina menolak corak pemerintahan kerajaan BN secara total kerana dituduh korup dan memegang tampok pemerintahan yang begitu lama dan tidak adil dan menekan kaum Cina.
2- Golongan muda yang berusia 21 tahun hingga 40 tahun yang tinggal di sekitar kawasan bandar majoritinya menyokong pihak PR manakala BN banyak bergantung kepada pengundi tua tegar di luar bandar dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Di sini BN berada dalam keadaan tertekan kerana terlalu bergantung kepada pengundi luar bandar dan berusia di samping penambahan undi anak muda yang celik IT. Pasti akan berlaku penolakan secara total pada PRU akan datang jika BN tidak menangani beberapa permasalahan yang sekian lama berbangkit.
3- Masyarakat Cina secara total menolak calon dari MCA dan Gerakan kerana gagal menjalankan tugas sebagai wakil mereka dengan baik dan mereka dianggap sebagai kuda tunggangan UMNO. Mereka percaya kerajaan BN yang ditunjangi UMNO menjaga kepimpinan MCA/Gerakan dengan pemberian projek kerajaan kepada pihak yang rapat dengan pimpinan MCA/Gerakan manakala para pemimpin ini  diberi pingat penghormatan seperti Tun, Tan Sri dsb di atas kerjasama mereka memujuk kaum Cina agar terus mengundi BN.

ISU BEBANGKIT YANG PERLU DITANGANI OLEH KERAJAAN BN YG DIPERTIKAIKAN OLEH PAKATAN RAKYAT
1- Isu karenah birokrasi kakitangan kerajaan dari segi efisiensi , produktiviti dan lambakan kakitangan yang berlebihan. Kepimpinan BN harus belajar bagaimana syarikat bukan bumiputra yang berjaya kerana kecekapan pengurusannya. Banyak juga graduan bumiputra gagal memasuki sektor kerajaan disebabkan kabel mereka tak cukup kuat walaupun mereka lebih layak.
2- Terlalu banyak berlaku ketirisan dalam pengurusan kewangan disamping penyelewengan yang begitu ketara dan dilihat oleh rakyat jelata.
3-Pengurusan yang korup dan berlandaskan kroni. Pihak kerajaan seharusnya mengamalkan tender secara telus kepada mereka yang layak . Agihkan kek kekayaan kepada semua kaum mengikut quota populasi kaum.
4- Pemberian BR1M misalnya. Para pemimpin memaksa rakyat berkumpul dan mendengar pidato politik mereka sebelum memberi BR1M yang melemaskan rakyat spt seolah olah rakyat meminta sedekah dari kerajaan padahal itu adalah duit rakyat daril hasil kutipan cukai dsb. Ikutlah seperti kerajaan PR Pulau Pinang yang memberi sumbangan kepada rakyat dengan terus memasukkan bantuan ke dalam akaun masing masing tanpa bersusah payah. Bak kata pepatah ular yang menyusur  akan tak kan hilang bisanya.
5- Kaum Cina yang banyak menyumbang cukai kepada kerajaan melihat bagaimana kerajaan menguruskannya. berdasarkan statistik mereka ini menyumbang lebih dari 60% pendapatan negara tanpa menyebut keuntungan dari badan GLC dan laba dari Petronas.
6- Kenaikan gaji kakitangan kerajaan tanpa mengira bangsa mestilah mengikut secara merit. Janganlan sudah hampir pilihanraya baru diumumkan kenaikan itu dan ini dan selepas itu bila berlaku kenaikan inflasi mereka menuding jari kepada pihak tertentu yang sabotaj ekonomi negara. apalah nilai sebenar RM50.00 sekarang berbanding 10 tahun lalu. tentu jauh panggang dari api. Face value VS real value.
7- Para pemimpin BN sibuk memperkayakan diri sendiri dan kroni terutama projek projek dari kerajaan dengan marginal untung yang berlipat kaliganda...Kita percaya mereka juga perlu dana tambahan untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat tetapi berpadanlah dengan caranya.
8- Kaum Cinalah yang banyak membantu Melayu melalui sektor swasta dari segi sumber pekerjaan walaupun mereka tidak mendapat tempat dalam pengurusan tertinggi dlm syarikat mereka. Tidak dinafikan merekalah yang menjana pertumbuhan ekonomi negara.
9- Kerajaan BN selalu melaungkan inilah Projek kerajaan Barisan Nasional bila membuat sesuatu projek untuk rakyat. Apabila kita membentuk kerajaan yang disebut KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA bukan kerajan itu dan ini.
10- Menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan politik seperti kementerian penerangan/komunikasi dll
11- Media arus perdana sama ada media cetak atau media elektronik harus memberi laporan saksama kepada kedua dua pihak walaupun tidak memihak kepada kerajaan. Apabila rakyat sudah muak dengan momokan dalam media arus perdana mereka akan beralih ke dalam dunia siber/intenet yang lebih terbuka. Bahayanya di sana terdapat pelbagai berita dan maklumat sama ada betul atau tidak.
12- Pembongkaran Penyelewengan yang berskala besar yang merugikan rakyat gagal ditangani dengan serius atau semua kes itu disimpan di bawah karpet atau dilengah lengahkan sebutan kes. Mereka yang korup akan dinasihatkan meletak jawatan dan tiada tindakan undang undang dikenakan malah mereka ini akan diberi jawatan tertentu jika bersetuju meletak jawatan. Bagi pihak yang enggan mengikut telunjuk akan didakwa atas apa apa kesalahan walau sekecil manapun kesalahan itu dibuat. Rakyat nampak semua ini dan ia amat merugikan negara.
13-Cara SPR mengendalikan undi pos dan undi awal, senarai pengundi yang tidak bersih ( masih dipertikaikan, lampu padam semasa pengiraan undi ( tiada bukti yang kukuh), lewat mengumumkan keputusan pilihan raya di beberapa kawasan yang dipertikai, dakwat kekal yang tidak kekal, percubaan untuk mengundi dua kali, terdapatnya warga asing yang diberikan kad pengenalan untuk mengundi  ( tiada sebarang bukti sehingga kini seperti yang didakwa) dll.

KEBERANGKALIAN YANG BERLAKU SELEPAS PRU-13
1- Pihak yang menguasai ekonomi di pihak pembangkang tidak mustahil mensabotaj ekonomi dengan menaikkan harga barang sewenang wenangnya bagi menunjukkan kerajaan lemah dan gagal mengawal inflasi yang menyebabkan rakyat bangkit memprotes secara lansung atau terselindung.
2- Jurang perbezaan kaum makin melebar di mana akan berlaku boikot dan memboikot produk keluaran pihak yang menyokong kerajaan dan yang menentang kerajaan. Lihatlah apa yang berlaku terhadap produk Melayu muslim roti Gardenia  dan  ramlY burger telah disabotaj secara sistematik oleh pihak cemburu dengan perkembangan perniagaannya. Ini sebagai contoh terdekat. siapa yang sabotaj siapa.
3- Perang siber berlaku dengan sengit yang sarat dengan dakyah dan fitnah
4- Jawatan kabinet bagi kaum Cina Semenanjung Malaysia mungkin berkurangan atau tiada langsung kerana MCA dari awal awal lagi menolak jawatan kabinet akibat kekalahan teruk. Mungkin golongan professional dari kalangan kaum Cina akan dilantik sebagai sanator untuk membolehkan mereka diberi jawatan Menteri penuh. Tetapi adakah mereka ini berjaya memujuk kaum Cina untuk kembali menyokong kerajaan BN atau suara mereka tidak diendahkan oleh masyarakat Cina yang serba serbi stabil dalam penguasaan ekonomi dalam negara ini.
5- Kerajaan mungkin mengkaji peranan sekolah jenis kebangsaan yang dilihat sebagai halangan dalam pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu atau proses integrasi nasional.
6- Kaum Cina dan menengah Melayu mungkin akan terus menolak BN jika tiada perubahan dalam pentadbiran PM Najib yang baru diberi mandat.
7- Persempadanan semula kawasan parlimen mungkin akan dikaji semula tetapi ia memerlukan persetujuan 2/3 ahli parlimen.
8- Membantu usahawan tempatan dalam IKS bagi pembuatan barangan keperluan harian bagi memastikan tidak berlaku monopoli oleh sesuatu kaum sahaja bagi mengelakkan kenaikan harga barang. Kerajaan Mungkin memperkasakan FAMA dalam hal ehwal pemasaran dan keluaran industri asas tani. FAMA dilihat lebih berdaya saing di pasaran terbuka seandainya diswastakan.
9- Kerajaan mungkin membina rumah mampu milik di kawasan Bandar dan pinggir bandar untuk golongan menengah di samping menyeimbangkan jurang kaum  di antara Melayu dan Cina  di kawasan majority kaum Cina.


KELEMAHAN PIHAK PAKATAN RAKYAT
1- Tiada calon berkaliber terutama bagi kawasan luar bandar dan meletakkan calon luar dari kawasan yang bertanding. Ada laporan calon tangkap muat diletakkan tanpa menilai prestasi dan latarbelakang calon tersebut.
2- Kekurangan calon berkaliber menyebabkan calon yang terbaik terpaksa bertanding di dua kawasan iaitu bagi DUN dan Parlimen.
3-Bagi Negeri Kedah para penyokong PAS berpecah kepada 2 puak . Puak Radikal yang tidak bersetuju dengan keputusan pimpinan atas seperti isu Kalimah Allah , moral pemimpin pakatan telah mengundi calon BN.
4- Kelemahan pentadbiran Kerajaan PAS yang memerintah Kedah selama satu penggal selain gagal menangani beberapa isu pokok menyebabkan pengundi yang memilih mereka telah berpaling kepada BN pada PRU-13. Ini adalah perkembangan yang sihat di mana kerajaan yang memerintah akan sedaya upaya memberi perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan kesinambungan pemerintahannya.
5- Terdapat 2 kelompuk dalam Parti PAS yang menyokong Ulama dan pihak pembaharuan yang menyebabkan undi berpecah
6- Pertindihan pertandingan di 6 kawasan di antara PAS dan PKR amat merugikan Pakatan Rakyat walaupun beberapa calon menarik diri selepas pencalonan. Antara yang dapat dikupas di DUN N39 Kota Damansara , PAS mendapat 7,312 undi, PKR 14,860 undi manakala BN memperolehi sejumlah 16,387 undi. Sungguhpun begitu lebih teruk lagi terdapat 61 ahli UMNO yang kecewa kerana tidak terpilih bertanding atas tiket BEBAS.

KEKUATAN PAKATAN RAKYAT
1- Mempunyai penyokong tegar yang ikhlas berjuang tanpa bantuan kewangan dari Parti dalam penganjuran atau kempen PR di mana mana kawasan tidak kira di bandar atau luar bandar. Mereka melancarkan kempen setiap masa sepanjang tahun tanpa erti penat.
2- Golongan muda yang celik IT dan bermaklumat tidak terpedaya dengan momokan berita arus perdana dari media cetak atau media elektronik yang dikawal oleh kerajaan BN. Majority golongan muda dan pertengahan terdiri dari pelbagai kaum adalah tunjang utama menyokong PR. Mereka mempunyai team cyber trooper yang efisien/ampuh dari semua segi dalam melancarkar propaganda dan agenda/message PR terutama dari parti DAP ( Red bean army).
3- Analisa keputusan pilihanraya menunjukkan pemilih tidak mementingkan calon dari kaum masing masing dalam menumbangkan kerajaan BN. sebagai contoh 7 kerusi Parlimen dimenangi oleh calon Islam bila berdepan dengan calon bukan Islam begitu juga dengan kemenangan 8 kerusi di DUN di seluruh negara.
4- Menggunakan kesempatan dalam media sosial yang lebih bekesan dalam kempen PRU tidak kira sama ada ia fakta atau fitnah yang mana ia berjaya mengubah pemikiran golongan muda dan golongan atas pagar ( neutral)

 FAKTA KEPUTUSAN PRU-13 DAN PROPAGANDA & RASIS
Saya mengambil petikan data dari seorang sahabat dalam facebook  Saudara Suhaimi Md Saad seperti berikut,
Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Garu Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari @ Khairil Christoper Lim menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA



Kesimpulannya : Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA selain berlakunya tsunami Cina dan menengah Melayu dan dalam situasi ini kalau diletakkan calon dari MCA belum tentu boleh menang.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni.  Bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa?  Mungkin ada semangat setiakawan dalam BN tetapi bagaimana pula terjadi penolakan secara total kaum lain terhadap UMNO  dan parti komponen utama seperti MCA, Gerakan dan MIC itu sendiri. Adakah ia permainan atau percaturan yang adil.
saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
 9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah segelintir pemimpin UMNO , PAS dan PKR itu sendiri. Betul atas semangat BN kalau mengikut majority penduduk kompenen BN seperti MIC langsung tidak layak bertanding kerana tiada majority dalam mana mana kawasan tetapi mengikut situasi semasa kaum lain yang tak memihak kepada UMNO maka UMNO mungkin berbuat sesuatu dan mungkin inilah peluang keemasan UMNO mengambil balik kawasan yang majoritinya kaum Melayu  dari kompenen parti lain yang gagal memenangkan BN.

 "Dasar devide and rule" yang digunapakai di zaman penjajahan British masih berkekalan hingga ke hari ini. Jika ini berterusan adalah sukar untuk proses intergrasi nasional dan menolak sikap perkauman yang melampau. Salah siapa???

Dari dulu lagi UMNO mewakili kaum Melayu sebagaimana parti MIC dan MCA mewakili kaum masing masing.  Komponen dari parti Cina ( MCA/GERAKAN) hanya menang di kawasan majoriti penduduk Melayu. Cuba calon Umno bertanding di kawasan majority 52% kaum Cina  awal awal lagi sudah confirm kalah tetapi sekarang ini sebaliknya berlaku sekiranya calon Melayu dari gabungan PR bertanding di kawasan majoriti kaum Cina peluang mereka untuk menang adalah terbuka luas sebagaimana senarai pemenang di 7 kawasan parlimen di atas.

PRU13 - Pembangkang iaitu PR ( kaum Cina & menengah Melayu)  bukanya terlalu rasis tetapi mereka menolak UMNO atas sebab sebab yang sendiri ahli UMNO tahu.( ketirisan, kroni, penyelewengan ,karenah birokrasi, pemimpin dapat isi rakyat makan tulang, inflasi yang tinggi, dasar yang menguntung sebelah pihak saja, peranan SPR dipertikaikan dsb)..
Para pengundi PR nyata bulat tekad memilih calon dari PAS, DAP dan PKR tanpa mengira bangsa/kaum sebagaimana yang dipraktikkan oleh BN sebelum ini.

NILAIAN TERHADAP SIKAP PERKAUMAN
1-Dari pemerhatian saya di kampung golongan minoriti Cina boleh tinggal bersama sama  kaum majoriti Melayu dengan aman dan damai kerana sifat santun dan tolak ansur di kalangan orang Melayu masih ada. Andai pula kaum minoriti Melayu tinggal di kawasan majoriti kaum Cina, saudara sendiri boleh menilainya adakah sama layanannya.. Di bandar kebanyakan di rumah taman atau rumah pangsa, penduduk Melayu dan Cina di tempatkan di lot masing masing tanpa mencampurkannya. Jelas selepas merdeka sejak 56 tahun lalu isu perkauman masih menebal dan gagal ditangani oleh pimpinan sekarang.
2-Adakah pembekal atau pemborong di kalangan oarng cina menjual harga yang sama kepada peruncit Melayu dan Cina. Kita juga mendapati produk barangan usahawan bumiputra agak sukar untuk menembusi pasaran kaum Cina atau dijual di kedai runcit milik kaum Tionghua. Apa yang terjadi kepada Zaitun Industri yang dulunya cukup popolar di kalangan pengguna. Siapa yang sabotaj siapa.  Perkara ini perlu dikupas dengan cermat dan berlapang dada.

BAB UNDI POPULAR
Semua orang tahu dalam perlembagaan Malaysia sesiapa yang memenangi kerusi terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang bukannya undi popular.Lihatlah keputusan pilihanraya presiden di Amerika memberi signal yang jelas mengapa undi popular tidak dikira dalam memilih calon presiden.

Adakah berpadan DAP dengan 1.7juta undi mendapat 38 kerusi berbanding PKR menang 30 kerusi dengan 2.2 juta pengundi. Siapa yang jerat siapa dalam perbahasan hangat sekarang ini. Bagi 27 kerusi yang dipertikaikan , kita mempunyai undang undang yang termaktub dalam perlembagaan berkaitan petisyen , biarkan mahkamah menentukan keputusannya tanpa mencanang di serata tempat yang meyusahkan semua pihak. Wakil Rakyat di Pihak PR boleh membahaskan perkara seperti ini di dewan rakyat jika keputusan yang dibuat didak telus dan adil. Tak perlu politik sepanjang masa kerana rakyat sudah letih dengan isu berbangkit dan menghabiskan masa dengan begitu saja.

Ada cadangan agar kawasan yang berkepadatan tinggi dipecah kepada beberapa kawasan parlimen terutamanya di kawasan bandar. Bagaimana pula kita melihat satu kawasan di luar bandar seperti parlimen Bintulu, Baram, Hulu Rajang dan Lawas yang keluasannya melebihi sebuah negeri di semenanjung yang serba kekurangan infrastruktur asas seperti jalanraya, bekalan elektrik dan air. Ahli parlimen di kawasan tersebut mempunyai tugas rumit dalam membantu memberi kemudahan asas kepada penduduk. Tidak seperti di bandar yang berkepadatan tinggi tetapi lengkap dengan kemudahan infrastruktur yang jauh lebih baik berbanding di luar bandar, maka Ahli Parlimen di kawasan bandar tidak rumit menjalankan tugas mereka. Apa alasan yang kukuh untuk memecah kawasan parlimen di bandar kepada beberapa kawasan. Siapa yang untung dan siapa yang rugi.

PATRIOTISMA
Sekarang kaum Melayu mempertikaikan sikap patriotisma kaum Cina terhadap negara ini. Saya merujuk kepada sekumpulan pelajar di luar negara membalikkan bendera Malaysia sebagai protes. Ini adalah gejala yang tidak sihat yang ditunjukkan oleh golongan muda kerana meka adalah pelapis kepada pemimpin sekarang.

Komen ini tiada menyebelahi mana mana pihak. Ia hanyalah berlandaskan fakta dan senario semasa di bumi Malaysia yang tercinta. Para pembaca boleh berbahas  secara berlapang dada dan mungkin ada idea yang bernas bagi memacu  negara Malaysia ke arah kemakmuran. Saya berdoa agar penduduk di negara kita yang tercinta ini dapat hidup aman dan damai tanpa halangan perkauman yang melampau walaupun agak sukar dengan keadaan suhu politik semasa.
PANDANGAN PENULIS
1- Kaedah "devide and rule" yang dipraktikkan sejak zaman penjajahan British menyebabkan segala usaha integrasi nasional gagal di mana kita melihat UMNO menjaga kepentingan kaum Melayu, MCA bagi kaum Cina dan kaum India ditunjangi oleh MIC. Keadah ini sudah tidak sesuai di dalam era globalisasi tetapi terdapat halangan yang besar  ke arah penyatuan bangsa kerana Kaum Melayu sangat tebal dengan KeIslamannya ( bukan menyuruh orang Melayu murtad), kaum Cina yang tinggal di luar dari Tembok besar  negara China mempunyai sikap kekitaan yang sangat tinggi dalam masyarakat mereka. Kita ambil contoh kewujudan China Town di Amerika Syarikat dan lain lain negara.
2- Penyatuan kaum melalui SUKAN adalah kaedah yang terbaik. Kita menyokong athlit kita yang bertanding tanpa mengira warna kulit dan agama.
3- Pemisahan antara sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan merenggangkan lagi persefahaman antara kaum walaupun kita sudah merdeka lebih setengah abad yang lalu.
4- Kewujudan PLKN gagal membentuk integrasi nasional kerana latihannya terlalu singkat dan merugikan negara.
5- Sekiranya kita sukar menghapuskan sekolah jenis kebangsaan, buatlah satu model sekolah yang menggabungkan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan(vernacular) di mana para pelajar pelbagai kaum berkongsi padang permainan, kantin dan pusat sumber atau perpustakaan. Sekiranya formula ini berhasil, maka seluruh rakyat Malaysia dapat hidup dalam harmoni tanpa ada syak wasangka antara satu sama lain.
6- Mengikut statistik  terkini dari SPR dari 222 kawasan parlimen di Malaysia, terdapat  135 kerusi majoritinya kaum Melayu, 47 kerusi pengundi Melayu antara 40% hingga 60%  dan 40 kerusi di mana Melayu adalah minoriti. Sekiranya pembangkang menang di semua kerusi yang mana kawasan Melayu ada 40-60% dan kawasan minoriti Melayu, pembangkang masih belum dapat memenangi pilihanraya melainkan kaum Melayu itu sendiri berpecah kepada beberapa  parti politik  yang berlainan agenda.
 7- Kerajaan memperuntukan 80% dari punca pendapatan untuk perbelanjaan megurus dan bakinya untuk pembangunan. Margin perbelanjaan pengurusan terlalu tinggi bagi sesebuah negara yang membangun adalah tidak sihat bagi pertumbuhan ekonomi negara dan kecekapan mentadbir boleh dipertikaikan.
8- Bukan semua golongan Cina berada dalam kelompuk menengah dan elit. Kerajaan perlu membantu golongan ini dengan memberi keistimewaan yang diberikan kepada kaum bumiputera seperti pembahagian rumah mampu milik atau diskaun 5% untuk pembelian rumah kepada mereka yang layak. Tak perlu bicaralah tentang nasib kaum India yang jauh ketinggalan dalam semua segi.



sekian dulu setakat ini.. muhasabahlah diri
0 Komentar untuk "ANALISA PILIHANRAYA 2013"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI