Tidak adil minta wakil rakyat PAS sertai GHB kosongkan kerusi, kata Dzulkefly - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tidak adil minta wakil rakyat PAS sertai GHB kosongkan kerusi, kata Dzulkefly

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu mengosongkan kerusi yang diwakili kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa mereka berbuat demikian, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Setiausaha GHB itu berkata, sukar untuk berhujah hanya dengan menggunakan faktor parti sahaja jika mahu menuntut calon tersebut mengundur diri.

Malah, katanya, ia tidak adil kerana sistem politik pilihan raya negara tidak akan membenarkan mereka bertanding semula selama 5 tahun.

"Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini.
"Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat Adun dan ahli Parlimen yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama 5 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata baru-baru ini, wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru diasaskan GHB, Parti Amanah Rakyat.

Hadi berkata, mereka perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," kata Hadi di Kota Sarang Semut, Kedah.

Dzulkefly berkata, kemenangan seseorang calon bukan hanya bergantung kepada hak mutlak parti semata-mata tetapi atas faktor ketokohan calon, sokongan rakyat, isu dan gelombang semasa.

"Tentunya untuk memastikan yang mana faktor lebih penting bagi setiap kerusi yang dipertandingkan, kita harus bersabar.

"Sebabnya? Perkara ini hanya akan dapat dibuktikan dalam satu pertandingan dan persaingan dalam pilihan raya akan datang," katanya. – 23 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-adil-minta-wakil-rakyat-pas-sertai-ghb-kosongkan-kerusi-kata-dzulkefl#sthash.He1MPNPp.dpuf
0 Komentar untuk "Tidak adil minta wakil rakyat PAS sertai GHB kosongkan kerusi, kata Dzulkefly"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI