Kerja Roboh Rumah Penduduk Kampung Mutiara Dibatalkan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kerja Roboh Rumah Penduduk Kampung Mutiara Dibatalkan

GEORGE TOWN: Kerja perobohan rumah penduduk di Kampung Mutiara, Batu Ferringhi dekat sini dibatalkan pada pagi Isnin atas nasihat polis.

Polis menasihatkan pemilik tanah persendirian itu untuk tidak meneruskan kerja perobohan selepas seramai 500 penduduk dan lebih 1,000 penyokong berhimpun mengadakan bantahan.

Mereka juga meletakkan 12 kerata, sebuah van dan sebuah bas sekolah di kedua-dua lorong jalan raya yang menuju ke persimpangan jalan.

Mereka berkumpul manakala Pengerusi Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berdiri di atas pentas dan membuat pengumuman mengenai perkara itu.

"Rumah anda selamat buat masa ini. Tapi masalah ini masih belum selesai. Kami akan berusaha untuk memastikan anda tidak kehilangan tempat tinggal," kata Ahmad.

Hadir sama pemimpin daripada beberapa parti politik termasuk Gerakan dan DAP.

Ahmad memberitahu media bahawa peguam V.Amareson berada di Mahkamah Rayuan untuk memohon penggantungan pelaksanaan perintah perobohan yang diberikan terhadap pemilik tanah.

0 Komentar untuk "Kerja Roboh Rumah Penduduk Kampung Mutiara Dibatalkan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI