PAC Panggil Jho Low Beri Keterangan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAC Panggil Jho Low Beri Keterangan

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, telah dipanggil menghadap Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berhubung kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

PAC menghantar surat kepada Kementerian Kewangan (MoF) pada Khamis, memanggil beliau supaya hadir di hadapan jawatankuasa itu pada 8 September ini.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata surat itu dihantar kepada MoF kerana ia adalah 'pemegang saham utama 1MDB'.

"Mereka sepatutnya tahu di mana dia berada atau dapat mengesannya," kata Nur Jazlan kepada The Star.

Beliau berkata selain Jho Low, PAC juga memanggil pengarah-pengarah Brazen Sky, sebuah syarikat di mana 1MDB telah melaburkan sebanyak RM6 bilion untuk hadir di hadapannya dan menetapkan pertemuan itu pada 9 September ini.

Beliau berkata PAC mahu menyoal individu-individu ini berikutan penemuan dalam Laporan Interim Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang dimiliki kerajaan dan telah mengumpulkan RM42 bilion hutang.

Laporan yang dikemukakan pada 9 Julai itu meliputi tempoh antara 23 Februari 2009 dan 30 Mac 2014 apabila Lembaga Pelaburan Terengganu telah ditubuhkan, diambilalih oleh Kerajaan Persekutuan dan transformasi berikutnya ke dalam 1MDB.

Ditanya bagaimana MoF akan mengesan Jho Low, Nur Jazlan berkata 'ini bukan masalah PAC'.

Beliau berkata MoF adalah sebuah institusi kerajaan yang mempunyai sumber-sumber yang boleh digunakan.

"Mereka boleh meminta polis untuk mengesan beliau," katanya.

PAC mula menyiasat 1MDB pada Mei dan memanggil pegawai-pegawai MoF untuk menjelaskan peranan kementerian dalam syarikat yang dibebani hutang itu.

Nur Jazlan berkata semua juruaudit 1MDB memberi keterangan di hadapan jawatankuasa itu pada bulan Jun.

Pada 4 dan 5 Ogos, Datuk Sharol Halmi dan Arul Kanda akan menghadap PAC manakala lembaga pengarah 1MDB akan memberi keterangan pada 17 Ogos.

Jawatankuasa itu akan mengemukakan penemuan dan cadangan kepada Parlimen selepas siasatan selesai.

0 Komentar untuk "PAC Panggil Jho Low Beri Keterangan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI