1MDB:"Tunjuk Tang Mana Yang Dipinda" - Tun M - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

1MDB:"Tunjuk Tang Mana Yang Dipinda" - Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar supaya bahagian dokumen berkaitan 1Malaysia Development (1MDB) yang didakwa telah dipinda didedahkan kepada umum.

Dr Mahathir berkata, adalah mustahil untuk meminda kesemua dokumen 1MDB yang telah diperolehi.

"Tunjuklah, kata dia pinda, apa yang dipinda, tunjuk dokumen tu.

"Tunjuk 'tang' (bahagian) mana yang dipinda," katanya kepada ditemui pemberita di lobi sebuah hotel di sini, Jumaat.

Dr Mahathir berkata, terdapat banyak dokumen berkaitan 1MDB dan tentunya sukar untuk memindanya.

"Nak pinda dokumen banyak tu..tak boleh. Kalau satu-dua...mungkin," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas eksekutif PetroSaudi Xavier Andre Justo dalam temubualnya dengan The New Straits Times dipenjara Thailand bahawa terdapat perbincangan untuk meminda dokumen-dokumen berkaitan 1MDB bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justo mendakwa perbincangan itu dibuat dalam pertemuannya dengan seorang ahli perniagaan terkemuka dari Malaysia bersama seorang rakan, serta editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown yang membawa bersama seorang pakar IT.

Justo dalam temubual itu turut memberitahu bahawa dia memberikan dokumen-dokumen asal 1MDB tanpa mengubahnya dan ditawarkan bayaran sebanyak AS$2 juta (RM7.6 juta) oleh kumpulan berkenaan untuk dokumen yang dicuri daripada bekas tempat kerja lamanya, PetroSaudi.

0 Komentar untuk "1MDB:"Tunjuk Tang Mana Yang Dipinda" - Tun M"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI