Ramai bertanya soalan ini. Kenapa tidak menunggu parti baru yang mengguna nama Islam? Kenapa tak masuk PKR yang dipimpin oleh orang Islam? Kenapa pilih DAP?
Kerana DAP perlukan sokongan melayu!
Ya. Sukar untuk mereka nafikan hakikat bahawa politik Malaysia masih ditentukan oleh sokongan melayu. Siapa dapat menguasai melayu, merekalah yang menguasai Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah negara federal. Uniknya, majoriti negeri masih mempunyai sultan yang sehingga kini kuat berpegang dengan unsur kemelayuan. Walaupun kuasa mereka sudah terbatas dengan perlembagaan persekutuan, namun mereka masih boleh campur tangan dalam hal-hal penting pentadbiran negeri, seperti perlantikan Menteri Besar.
DAP kini berangan menjadi parti terkuat setelah berjaya pecahkan parti majoriti melayu dengan hasutan menubuhkan parti baru. Walaupun mereka yakin boleh mendapat majoriti di beberapa negeri hasil pecahbelah undi melayu, sultan tetap sukar memperkenankan bukan melayu sebagai MB. Apatah lagi sekiranya undang-undang tubuh negeri menetapkan melayu.
Ini dibuktikan dalam isu perlantikan MB Perak 2008. Walaupun DAP menguasai majoriti, akhirnya Nizar dari PAS yang dipilih sultan. DAP akur dalam kecewa.
Selain itu, DAP juga sedang berusaha merubah imej chauvinis cina yang menghantui mereka. Tindakan mererka yang dilihat banyak memihak kaum cina melebihi kaum lain membuatkan ramai tidak berpuashati . Kini, cina menguasai hampir keseluruhan kepimpinan tertinggi DAP.
Sokongan India pula semakin merudum bermula sebelum PRU13. Selepas kematian mendiang Karpal Singh, capaian parti tersebut semakin mengecil. Bagi yang menuntut perubahan, kaum India lebih ramai memilih PAS yang memperjuangkan Islam dari dasar demokratik DAP. Ditambah dengan beberapa melayu yang sudah sedikit meninggalkan DAP, keadaan menambah kepanasan DAP untuk segera mencari ganti.
Kini mereka perlu mengatur strategi baru. Mereka selamanya tidak akan percaya parti lain untuk melaksanakan cita-cita besar mereka. PKR pun tidak diharap. Apatah lagi parti baru serpihan PAS yang punya agenda tersendiri. Mereka mahukan juga wakil yang telah 'berbaiah' kepada mereka. Maka virallah tokoh itu, orang ini dan dua tiga orang lagi mengisytihar diri 'hamba' DAP.
Ini membahayakan jangka masa panjang negara. Tidak mustahil DAP bakal mempraktikan pendekatan PAP yang merupakan hos mereka di Singapura.
Seawal pengisytiharan keluar Singapura dari Tanah Melayu tahun 1965, Presiden pertama masih dikekalkan Yang Dipertuan lama, Ishak Yusof sehingga 1970 untuk menstabilkan politik negara. Namun setelah Ishak Yusof dan rakyat Singapura mula menerima PAP, Presiden seterusnya adalah Benjamin Sheares, kemudian Devan Nair dan begitulah seterusnya sehingga hari ini. Tiada lagi wakil melayu Islam dalam sebagai Presiden, apatah lagi Perdana Menteri.
Corak pemerintahan PAP yang bersifat autoritarian turut memustahilkan penubuhan parti-parti lain untuk mengimbangi pembahagian kuasa antara etnik. Pengkaji politik lebih gemar menamakan sistem yang digunapakai PAP sebagai 'demokrasi sosialis'. Kini, PAP didokong pengaruh Amerika Syarikat dan kuasa barat di Asia Tenggara.
Oleh itu, semua perlu memahami bahawa mengembalikan kestabilan politik Malaysia tidak semudah menumbangkan UMNO sahaja. Jangan ulangi kesilapan mereka yang berpendapat kesengsaraan rakyat Mesir dan Iraq hanya akan berakhir dengan jatuhnya parti Mubarak dan Saddam sahaja. Walaupun benci, teladanilah cara Iran mengawal revolusi.
(Alang Ibn Shukrimun)

0 Komentar untuk "Kenapa Melayu Islam Masuk DAP?"