Adun Kinrara Ng Sze Han memperolok-olokkan kod etika pakaian - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Adun Kinrara Ng Sze Han memperolok-olokkan kod etika pakaian

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara Ng Sze Han mungkin mahu menempa kontroversi baru dengan memperolok-olokkan kod etika pakaian di pejabat kerajaan.

Beliau memuat naik gambar di Facebook memaparkan notis cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian “selagi tidak berbogel”.

“Anda dialu-alukan berskrit mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang anda selesa, selagi tidak berbogel.

“Anda tidak akan diberikan kain sarung atau tuala. Kami hormat kebebasan anda dan kebebasan cara berpakaian,” menurut gambar notis yang dimuat naik semalam.

Beliau juga memuat naik tujuh cara berpakaian yang dibenarkan sebagai panduan untuk pengguna.

Ia termasuk gaya kasual (gambar berseluar pendek), profesional (berdasi dan tali leher), tradisional (pakaian Melayu), pakaian ketat, anggun (berkain belah ke paha) dan pakaian sukan (ala ahli gimnastik).

Bergambar dengan tuala, sarung

Malah, dimuat naik juga gambar beliau dan beberapa orang bergambar dengan notis itu, kain sarung dan tuala sambil tersenyum.

Sebelum ini, tindakan seorang wanita diminta memakai kain sarung ketika berurusan di pejabat kerajaan mencetuskan kontroversi di alam maya.

Begitu juga dengan gambar wanita yang lain bertuala yang disebarkan meluas serta insiden hampir sama melibatkan wartawan di bangunan kerajaan negeri Selangor.

Tidak cukup dengan itu, kaedah pemakaian ahli gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi juga dikritik banyak pihak walaupun beliau mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat emas dalam kejohanan baru- baru ini.

Sementara itu, tindakan Ng itu berpotensi menimbulkan kembali kontroversi sekitar cara pemakaian yang mula reda itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Ng berhubung tindakannya itu.

0 Komentar untuk "Adun Kinrara Ng Sze Han memperolok-olokkan kod etika pakaian"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI