Sekalipun perjuangan PAS masih lagi berpaksikan kepada Islam, namun parti itu kini telah melencong daripada landasan yang dibina oleh bekas presiden Allahyarham Datuk Fadzil Nor.
Faiz Fadzil -anak kelima tokoh PAS yang meninggal dunia pada 2002- berkata sikap terbuka yang dijunjung oleh ayahandanya membuahkan hasil apabila meletakkan parti itu dalam politik arus perdana negara.
"Sekarang PAS mundur, tertutup dan saya percaya beliau tak gembira kerana (dalam) kenyataannya dan ucapan muktamarnya, memang dia menekan PAS harus terbuka.
"Beliau menekan PAS perlu tahaluf dengan parti politik lain sebab PAS tidak akan memang jika berjuang sendiri.
"Ini tidak meletakkan PAS berjuang di luar orbit Islam tetapi jangan sempitkan Islam kepada hanya hudud hukum," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.
Faiz, 38, berkata strategi yang dilaksanakan oleh PAS sekarang, susulan kemenangan kumpulan konservatif sebagai pemimpin parti, membawa PAS mundur seperti yang berlaku pada tahun 1970-an dan 1980-an.
Beliau yang juga seorang peguam berkata kepimpinan PAS sekarang dilihat "agak tertutup" dan hanya memfokuskan isu agama tanpa melihat kepada kepentingan bersifat terbuka kepada semua kaum dan realiti masyarakat majmuk.
Bagaimanapun Faiz - berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa - berkata sebelum ini PAS dicop sebagai parti kampung tetapi sejak lewat 1980-an, berlaku anjakan strategi lebih terbuka dengan kemasukan profesional, seterusnya mengadakan tahaluf siyasi dengan parti lain sehingga membentuk kerajaan. - MK

0 Komentar untuk "Kepimpinan PAS kini Makin Tertutup - Faiz Fadzil"