Wajarkah dikesampingkan peranan PAS dalam PR demi mahu tertubuhnya Parti Baru? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Wajarkah dikesampingkan peranan PAS dalam PR demi mahu tertubuhnya Parti Baru?

Saya tidak faham betul bagaimana PasMa boleh begitu yakin dapat menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dan, juga tidak faham bagaimana PasMa bercakap tentang "pakatan baru" seolah-olah PAS sudah lari atau disingkirkan daripada Pakatan!


Saya tidak faham bagaimana Pakatan boleh menerima PasMa dengan menolak PAS (jika begitulah andaiannya).

Hebat sangatkah PasMa sehingga Pakatan boleh berasa NGO ini (atau parti baru yang dicadangkan) harus memainkan peranan sehebat PAS?

Sekali pun kumpulan "profesional" menyertai parti baru sebagai anggota keempat (jika PAS bersama Pakatan) atau ketiga (jika PAS tidak lagi bersama Pakatan), apakah mudah mereka dapat menyusun gerakan dan agihan kerusi?

Apakah PasMa fikir ia akan diberikan "layanan istimewa" daripada parti-parti sedia ada Pakatan? Lagi pula, kenapa perlu "istimewa"?

Saya tidak faham logika yang ada. Gara-gara PAS bergaduh dengan DAP, gara-gara kumpulan "profesional" tewas dalam pemilihan parti, apakah kita semua harus layan "bahasa perang" ini?

Satu dinamika yang seolah-olah diabaikan orang adalah PKR. Parti ini mahukan DAP dan PAS kekal utuh bersama Pakatan Rakyat.

PKR sudah selesa dengan aturan main rakan-rakan kongsi lamanya, sejak 1998.

PKR tidak dalam kedudukan memilih PAS dengan menolak DAP atau menerima DAP dengan menyingkirkan PAS.

saya ulang analisis saya Jumaat lalu, PKR perlukan kedua-dua parti ini. Tetapi PAS atau DAP boleh berdiri sendiri, "mutually exclusive".

Kita boleh perkecilkan PKR sebagai parti baru dan belum mantap tetapi kita tidak wajar perkecilkan dinamika PKR, khususnya Anwar Ibrahim atau Azmin Ali, untuk menggembleng kesatuan pembangkang.

Sejak 1998, inilah senarionya. Kenapa "formula asas" ini mahu ditukar semata-mata PAS bergaduh dengan DAP atau kumpulan "profesional" tewas dalam PAS?

Saya tidak kata "formula asas" ini terlalu baik. Tetapi apakah lagi yang lebih baik? Masukkan satu parti baru? Singkirkan PAS?

Saya tidak nampak saranan-saranan yang ada ini jernih dan masuk akal. Yang kelihatan, semuanya beremosi dan masih gelisah.

0 Komentar untuk "Wajarkah dikesampingkan peranan PAS dalam PR demi mahu tertubuhnya Parti Baru?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI