SHAH ALAM: Kumpulan Chilok membuat kejutan apabila muncul sebagai juara pertandingan akhir Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (SQPBBB) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam Ahad.
Kemenangan itu sekaligus melayakkan Chilok yang dianggotai oleh Chiwan dan Achok membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.
Peserta solo tunggal iaitu Achey pula memenangi pertandingan sketsa promosi produk Vida Beauty selama tiga minit yang dimuat naik di laman Youtube dan mendapat tontonan paling tinggi.
Achey menerima wang tunai RM5,000 sebagai ganjaran kemenangannya itu.
Dua peserta lain yang turut bertanding pada malam tersebut adalah Titan (Ammar dan Issey) dan Bocey (Fad dan Abam).

Persembahan luar biasa Chilok memikat hati juri dan pengundi.
Pada peringkat akhir tersebut, kesemua peserta diberikan lapan minit untuk mengadakan persembahan bertemakan 'Puasa dan Raya'.
Empat artis jemputan iaitu Amira, Shahrul Shiro, Anaz Ridzuan dan Sharif Zero turut tampil di pentas akhir SQPBBB bagi membantu para peserta mengadakan persembahan.
Tiga juri yang mengadili kesemua peserta akhir SQPBBB menerusi 50 peratus markah adalah Datuk Seri Vida, Fauziah Ahmad Daud dan Ajai.
Manakala 30 peratus daripada undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan selebihnya daripada juri awam.

Peserta solo, Achey berinteraksi dengan barisan juri ketika membuat persembahan.
Sementara itu Chilok ketika ditemui memberitahu tidak menyangka gelaran juara program Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (SQPBBB) menjadi milik mereka kerana sedar mereka bukan peserta pilihan.
Mohd Azwan Sabri atau Chiwan, 29, malah berkata, mereka tidak pernah berasa mempunyai peminat dan menyertai pertandingan itu sekadar untuk menimba pengalaman dan memperbaiki mutu persembahan masing-masing.
"Kami tak pernah rasa ada peminat dan sedar Chilok bukan peserta pilihan. Sebab itu saya dan Achok terkejut apabila diumumkan sebagaI juara.
"Harap-harap selepas ini karier kami sebagai pelawak akan melonjak ke tahap lebih baik," ujarnya.
Program tersebut turut disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam menerusi TV3.
Ia dihoskan oleh AG dan Yana Samsudin.

0 Komentar untuk "Chilok Juara 'Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang'"