SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor masih berfungsi seperti biasa kerana kerajaan yang mentadbir negeri masih tetap memegang teguh semangat PR dan dasar bersama yang diasaskan oleh ketiga-tiga parti komponen.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Haji Shafiei berkata, kerjasama dalam PR masih kekal wujud di peringkat negeri, cuma Majlis Presiden di peringkat nasional sahaja tidak lagi berfungsi seperti biasa yang membawa maksud tiada lagi mesyuarat rasmi melibatkan ketiga tiga pimpinan utama gabungan komponen pakatan itu.
"Semangat kerjasama PR masih wujud di peringkat kerajaan negeri, hanya di peringkat Majlis Presiden sahaja ia tidak dapat berfungsi seperti sebelumnya. Namun dalam berdepan situasi ini, tidak ada mana-mana pihak daripada PKR, PAS dan DAP yang berhak untuk mengumumkan PR sudah mati atau tidak lagi wujud. Pada saya, pembubaran PR hanya boleh dilakukan dengan persetujuan mejoriti gabungan"
"Di Selangor contohnya PKR, PAS dan DAP masih menjalankan tugas bersama dalam hal ehwal pentadbiran negeri dan juga dalam menyelesaikan isu rakyat. Sebab itu saya tegaskan semangat kerjasama PR masih wujud," katanya kepada pemberita disini.
Sementara itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memaklumkan pada Ahad ini akan berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar di kediaman rasminya.
"Majlis berbuka puasa ini adalah rutin tahunan dalam kalendar Pejabat Dato' Menteri Besar yang akan dihadiri Ahli Parlimen, Adun, Ahli Majlis, Penyelaras Dun, Penghulu, Ketua Kampung dan juga nazir masjid. Ia bukanlah pertemuan bagi membincangkan masa depan PR seperti dilaporkan beberapa portal berita.
"Saya tidak pernah sama sekali berkata seperti itu" tegasnya.
"Memang kita menjemput semua pimpinan negeri yang juga adalah terdiri dari kalangan orang politik, namun ia bukanlah bagi membincangkan isu dalaman PR sebaliknya sekadar majlis berbuka puasa biasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas kekeliruan laporan beberapa portal berita online yang telah membuat tafsiran sendiri berhubung majlis berbuka puasa ahad ini di kediaman rasmi menteri besar

0 Komentar untuk "Kerjasama Pakatan Rakyat masih berjalan di Selangor"