Kerajaan Pulau Pinang tidak dapat melaksanakan cadangan penambahan wang bantuan untuk rakyat negeri ini, termasuk bagi pengangkutan dan perubatan, kerana ia tidak mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar).
Lim (DAP-Air Putih) memaklumkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang keadaan itu disebabkan terdapat pelbagai bantuan 'emas' yang memberi fokus kepada golongan sasar yang lebih memerlukan.
Antara program berkenaan ialah 'warga emas','anak emas' dan 'pelajar emas' serta bantuan kepada sekolah, para huffaz, Agenda Ekonomi Saksama (AES), bantuan pukat nelayan, pemandu teksi dan penarik beca.
"Kesemua perbelanjaan bagi bantuan-bantuan ini mencecah sebanyak RM287,138,545.51 sejak 2008 dan bagi tahun 2015, sebanyak RM116,94 juta diperuntuk bagi bantuan sama.
"Sekiranya bantuan wang ditambah lagi, kerajaan negeri bukan sahaja akan mengalami belanjawan defisit yang banyak malah mungkin bankrap," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 pada persidangan itu pada Jumaat.
Lim juga berkata penyelenggaraan kolam di Dataran Teratai, Taman Botani diurus mengikut jadual oleh Jabatan Taman Botani dan yang terakhir dilakukan pada 20 Jun 2014.
"Antara punca berlakunya kemerosotan tanaman teratai adalah kerana tindakan individu yang tidak bertanggungjawab melepaskan kura-kura ke dalam kolam dan menjejaskan tumbesaran pokok teratai itu," katanya semasa menjawab soalan Shariful Azhar Othman (BN-Bertam).
Menurutnya, Jabatan Taman Botani membina kotak tanaman bagi setiap pokok teratai untuk penyesuaian persekitaran, pembajaan secara 'slow release fertilizer' dengan kekerapan dua kali sebulan menggunakan baja organik juga dilaksana.
Sementara itu, Lim berkata mengikut perjanjian utama dalam perjanjian pembelian dan pembangunan antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan Aspen Vision Land Sdn Bhd pada 3 Sept 2014, pembinaan Ikea Store akan dimulakan dalam tempoh lima tahun dari tarikh surat perjanjian.
Ia perlu disiapkan dalam tempoh 30 bulan dan dalam perjanjian itu, Ikea Store perlu beroperasi dalam tempoh 12 bulan dari tarikh siap pembinaan.
"Bagaimanapun, Ikea Store layak diberi opysen perlanjutan tempoh masa secara automatik selama dua tahun sekiranya projek pemangkin lain seperti University of Hull, projek perumahan mampu milik oleh PDC, Premier Shopping Otlet, KDU University dan Penang International Technology Park belum mencapai peringkat pembangunan yang munasabah," katanya. – Bernama, 14 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pulau-pinang-tidak-mampu-tambah-peruntukan-bantuan-untuk-rakyat#sthash.eAFHmHft.dpuf

0 Komentar untuk "Pulau Pinang tidak mampu tambah peruntukan bantuan untuk rakyat"