DUA minggu lagi, semua para perwakilan UMNO akan berkumpul semula untuk menghadiri satu perhimpunan penting iaitu Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Onn Jaafar
Perhimpunan tahunan ini adalah kemuncak kepada ahli-ahli UMNO bukan sahaja kerana dapat berkumpul, berjumpa dan bermesra sesama mereka, malah apa yang lebih penting ialah persidangan ini menjadi platform untuk para perwakilan menyampaikan pandangan mengenai apa yang baik atau kekurangan dalam urusan parti selain usaha-usaha membela bangsa, agama dan negara.
Apa yang diluahkan semuanya akan mendapat perhatian dalam kalangan pemimpin tertinggi parti dalam mencorakkan dasar atau mengambil tindakan tertentu bagi manfaat umum.
Begitulah secara tradisinya orang-orang UMNO sejak 1946 lagi meluahkan pandangan dan pendapat ikhlas semata-mata untuk menyuburkan perjuangan UMNO terhadap rakyat, khususnya orang Melayu.
Bagaimanapun, dalam zaman cyber yang serba canggih hari ini, saya lihat pemimpin-pemimpin kita sering dicemuh, dicaci dan dimaki tanpa rasa segan silu. Dan yang paling menyedihkan, segala kata-kata nista dan fitnah itu datangnya daripada orang Melayu sendiri yang sama-sama berjuang di dalam UMNO.
Saya selaku orang lama dalam UMNO amat bimbang dengan fenomena ini. Bukan tujuan saya untuk menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi apabila pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar yang kita semua kasihi turut dipalit, saya rasa berdosa untuk tidak menegur sikap yang kurang sopan ini.
Kenapa mesti jasa pejuang bangsa, agama dan negara kita ini diputarbelitkan dan terus menidakkannya? Sebelum kita semua keliru dan jauh tersesat, ingin saya ingatkan kembali serba sedikit jasa Onn Jaafar dalam penentangan Malayan Union ketika sebelum merdeka.
Persidangan wakil-wakil orang Melayu yang pertama telah berlangsung pada 1, 2 dan 3 Mac 1946. Kongres Melayu dianjurkan berikutan keputusan British untuk meneruskan perlaksanaan Malayan Union yang pada masa itu telah menaikkan api kemarahan orang Melayu di seluruh ceruk tanah air.
Wakil-wakil dari pelbagai pertubuhan Melayu telah menghadiri kongres ini di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur selain beribu-ribu orang lagi turut berkumpul di situ.
Pada masa itu, Onn Jaafar yang mempengerusikan kongres telah berucap dengan penuh semangat, mendedahkan perbuatan curang British yang memungkiri janji mereka kepada orang Melayu. Onn Jaafar turut mengingatkan padah yang akan menimpa orang Melayu dan tanah Melayu sekiranya Malayan Union diteruskan.
Onn Jaafar tidak jemu-jemu menyeru kepada orang Melayu agar bersatu hati. Ujian kepada orang Melayu ketika itu adalah menyatukan persatuan-persatuan mereka di bawah satu payung. Ungkapan kata-kata Onn Jaafar yang menjadi pegangan kuat orang Melayu ialah:
“Marilah kita tunjukkan kepada dunia iaitu roh dan semangat datuk nenek moyang kita itu masih ada lagi dengan kita. Marilah kita tunjukkan iaitu dengan persatuan di antara kita maka kita berkehendakkan menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subur, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tetap dan bersatu”.
Kata-kata semangat ini jelas menunjukkan usaha ke arah meninggikan maruah bangsa, menyeru orang Melayu agar bersedia menghadapi segala ancaman sekeliling. Inilah ungkapan Onn Jaafar yang didendangkan ke telinga wakil-wakil dalam pertemuan berikutnya, sekali gus menjadikan beliau seorang perintis perubahan bangsa menggunakan landasan politik.
Banyak lagi usaha dan ungkapan-ungkapan Onn Jaafar yang telah menyemarakkan obor perjuangan Melayu sehingga berjaya mematahkan penubuhan Malayan Union. Perjuangan ikhlas Onn Jaafar dan pejuang-pejuang kita yang lain akan tetap terpahat dalam lipatan sejarah tanah air.
Selaku orang lama, saya ingin melihat anak cucu cicit orang Melayu terus menjadi pewaris kepada perjuangan bangsa yang menghargai nilai sejarah pemimpin-pemimpin terdahulu.
Bersatulah kita semua seolah-olah kita tidak pernah bersatu sebelum ini.
Taming Sari
Melaka
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/onn-jaafar-pejuang-melayu-jati-1.24368#sthash.fhRfElSw.dpuf

0 Komentar untuk "Onn Jaafar pejuang Melayu jati"