Nasrudin: Ungkapan “We Are All Allah’s Children” cetus keliru - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Nasrudin: Ungkapan “We Are All Allah’s Children” cetus keliru


Kuantan – Ungkapan “We Are All Allah’s Children” yang digunakan oleh segelintir pihak baru-baru ini mendapat teguran oleh Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.

Semalam, menerusi laman blognya, Nasruddin menjelaskan bahawa syarah “We Are All Allah’s Children” sebagai simbol kepatuhan seorang hamba kepada tuhannya sebagaimana seorang anak patuh kepada ayahnya, adalah suatu kebatilan.

Menurut Nasrudin, tiada masalah bagi mana-mana pihak lain yang mahu berpegang dengan makna apa sekalipun terhadap kalimah tersebut jika mereka bukan seorang Islam namun bagi orang Islam, mereka mempunyai manhaj aqidah yang tersendiri.

Nasrudin yang juga Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah PAS Pusat menegaskan bahawa di dalam Islam, Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Esa dan satu-satunya yang layak disembah, tiada anak dan tidak pula diperanakkan. Justeru itu, kepatuhan kepada-Nya sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta, tidak sama dan tidak serupa dengan kepatuhan seorang anak terhadap bapa atau ibunya.
“Kepatuhan seorang hamba terhadap Tuhan yang Menciptanya adalah kepatuhan mutlak. Berbeza dengan kepatuhan seorang anak terhadap ibubapanya adalah kepatuhan bersyarat iaitu selama mana ibubapanya patuh kepada Allah swt atau tidak menyuruh anaknya melakukan perkara mungkar,” tambah Nasruddin.

Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud, “Tiada ketaatan kepada makhluk (yang dicipta) dalam perkara yang memaksiatkan khaliq (pencipta)” – Riwayat at Thabarani


0 Komentar untuk "Nasrudin: Ungkapan “We Are All Allah’s Children” cetus keliru"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI