Layakkah Lensa Menyindir Anwar dan PR? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Layakkah Lensa Menyindir Anwar dan PR?


Pendapat
Oleh Shahbudin Husin

Setelah dikecam banyak pihak ekoran tulisan sepucuk suratnya yang meminta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar bersara dan berhenti memperalatkan rakyat, NGO Lensa Anak Muda Malaysia atau Lensa akhirnya membuat U turn dengan mengatakan ianya hanyalah sarkastik atau sindiran semata-mata.

Menurut koordinatornya, Ekhsan Bukharee, kenyataan itu untuk menyedarkan PR mengenai persepsi golongan muda di luar PR serta mengajak anak muda berfikir semula mengenai Anwar dan sistem kehakiman negara.


Tidak dipastikan sama ada idea bahawa surat itu hanya sarkastik semata-mata memang tujuannya yang asal atau idea yang datang kemudian setelah menerima pelbagai kecaman dan serangan.

Tetapi jika dilihat bagaimana surat itu ditulis serta berdasarkan ayat dan bahasa yang digunakan, ia tiada mirip langsung suatu bentuk sindiran kepada Anwar dan PR. Sama ada Anwar atau sesiapa pun yang membaca surat itu pastinya juga tidak rasa tersindir dengan surat tersebut.

Apakah jika ramai yang memuji kandungan itu, Lensa tetap mengatakan ia sindiran juga?

Adakah hanya setelah dikecam dan dianggap tidak sewajarnya Lensa menulis surat itu, barulah ia dikata sindiran?

Lagi pula, siapa Lensa dalam PR untuk membuat sindiran itu? Sudah berapa banyak pengalaman mereka dalam politik? Sudah berapa timba peluh dan darah mereka keluar dalam perjuangan politik negara ini?

Untuk memberi sindiran juga, sudah berapa banyak garam yang mereka telah makan selama ini?

Mahu atau tidak mahu, hakikatnya Lensa hanyalah NGO yang agak baru dalam percaturan politik negara ini, manakala dalam PR pula namanya hanyalah dikenali setelah menghantar memorandum kepada Pas baru-baru ini saja. Sebelum ini tiada sesiapa yang kenal Lensa ini.

Sesuaikah dengan kedudukan itu mereka membuat sindiran kepada Anwar dan PR?

Kalau pun Lensa ini suka membuat sindiran, apakah demontrasi dan memorandum yang dihantar kepada Pas yang meminta parti itu keluar daripada PR sebelum ini merupakan sindiran juga?

Dalam masa yang sama, kalau betul juga surat yang meminta Anwar bersara itu hanya suatu sindiran dan nyata ditolak oleh mereka yang merasakan Ketua Pembangkang itu masih diperlukan dalam politik negara ini, apakah pula perancangan dan gerakan Lensa dalam memastikan kesedaran anak muda sentiasa bangkit dalam permasalahan politik dan kepincangan sistem kehakiman dalam negara selepas ini?

Dalam menghadapi detik genting 28 dan 29 Oktober ini di mana Anwar mungkin dipenjarakan sekali lagi, berapa ramai pula anak-anak muda yang mampu dikumpulkan oleh Lensa jika benar NGO itu masih bersama Anwar dan PR serta untuk memberi kesedaran mengenai sistem kehakiman?

Memang mudah bagi Lensa bertindak apa saja seperti menulis surat terbuka, membuat U turn, mengatakan apa yang dilakukan hanyalah sindiran atau sebagainya tetapi sampai kepada suatu peringkat, semuanya mestilah dibuktikan.

Tetapi kalau baru dua tiga langkah mengenal politik dan baru dikenali sebagai NGO yang mesra PR, Lensa juga sudah kenal dan tahu membuat U turn dan sindiran, ia bukanlah permulaan yang baik bagi masa depannya.

Imej gerakan dan perjuangan anak muda di seluruh dunia bukan begitu sifat dan tabiatnya. Tiada anak muda yang berjaya melalui permulaan dengan membuat sindiran dan U turn, kecuali sekadar menjadi tempelan dan untuk mengambil kesempatan
0 Komentar untuk "Layakkah Lensa Menyindir Anwar dan PR?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI