Oleh Roslan SMS
Posting saya berkenaan “Oktoberfest” bukanlah bermaksud saya rela ia dianjurkan.
Sebenarnya posting berkenaan lebih kepada mahu mematahkan persepsi yang terbentuk hasil dari kenyataan seorang ahli Parlimen PAS Selangor berhubung “Oktoberfest” itu.
Mesej saya dari beliau sibuk “menghalalkan” pesta arak itu kerana kononnya memenuhi hak dan kehendak bukan Islam di Selangor, lebih baik beliau tumpu masa pada membela dan menjaga nasib anak-anak Islam yang bekerja cari makan dala industri haram, arak, berkenaan. Sebagai seorang Islam, sudah pasti kita tidak akan senang dengan penganjuran apa sahaja majlis yang berbentuk maksiat dan ditegah oleh Allah swt. Jika dahulu di Selangor, PAS tidak punya kuasa politik, lantas pertanggungjawaban moral berkenaannya cukup sekadar teguran dan protes. Hari ini PAS sebahagian dari kerajaan, dengan panji-panji Islam di tangan, sudah pasti PAS akan dipertanggungjawabkan atas apa sahaja yang berkenaan hal pengurusan negeri yang turut diberi amanah kepadanya.
Pada 26 September lalu ia diadakan RP Saujana Hotel (kalau tak silap dalam Parlimen Subang), siapa dapat mengesahkan tidak ada seorang pun Muslim yang terlibat? Pekerja, pelayan, petugas semua bukan Islam kah? Tarikh sama ia juga dianjurkan di Setia Walk dalam Parlimen Puchong, benarkah tiada kepentingan Islam yang terlibat? Tidak terganggukah orang Islam yang hadir lalu-lalang?
Hak orang bukan Islam dihormati dan pada waktu yang sama hak serta kepentingan Islam terpelihara.
Posting saya berkenaan “Oktoberfest” bukanlah bermaksud saya rela ia dianjurkan.
Sebenarnya posting berkenaan lebih kepada mahu mematahkan persepsi yang terbentuk hasil dari kenyataan seorang ahli Parlimen PAS Selangor berhubung “Oktoberfest” itu.
Mesej saya dari beliau sibuk “menghalalkan” pesta arak itu kerana kononnya memenuhi hak dan kehendak bukan Islam di Selangor, lebih baik beliau tumpu masa pada membela dan menjaga nasib anak-anak Islam yang bekerja cari makan dala industri haram, arak, berkenaan. Sebagai seorang Islam, sudah pasti kita tidak akan senang dengan penganjuran apa sahaja majlis yang berbentuk maksiat dan ditegah oleh Allah swt. Jika dahulu di Selangor, PAS tidak punya kuasa politik, lantas pertanggungjawaban moral berkenaannya cukup sekadar teguran dan protes. Hari ini PAS sebahagian dari kerajaan, dengan panji-panji Islam di tangan, sudah pasti PAS akan dipertanggungjawabkan atas apa sahaja yang berkenaan hal pengurusan negeri yang turut diberi amanah kepadanya.
Kita punya ahli Parlimen, maka ahli-ahli Parlimen PAS wajib bawa mesej Islam dan dalam hal ini wajib menunjukkan ketidak –senangannya atas penganjuran pesta ini. Kita punya EXCO yang duduk dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri, maka EXCO tadi perlu bersuara menyatakan sensitiviti dan ketidak senangan terhadap pesta itu. Kita punya ADUN-ADUN, maka mereka juga perlu bersuara, kita punya ahli-ahli majlis PBT termasuk dalam kawasan PBT pesta berkenaan akan dianjurkan, mereka wajib bersuara, diam bermakna redha.
Benar pesta ini hanya diraikan oleh bukan Islam tetapi sejauh manakah penganjurannya tidak sama-sekali menganggu kepentingan masyarakat Islam dan tidak sama-sekali melibatkan masyarakat atau individu dan kumpulan Islam?Pada 26 September lalu ia diadakan RP Saujana Hotel (kalau tak silap dalam Parlimen Subang), siapa dapat mengesahkan tidak ada seorang pun Muslim yang terlibat? Pekerja, pelayan, petugas semua bukan Islam kah? Tarikh sama ia juga dianjurkan di Setia Walk dalam Parlimen Puchong, benarkah tiada kepentingan Islam yang terlibat? Tidak terganggukah orang Islam yang hadir lalu-lalang?
3 Oktober lalu di Sunway Giza, Petaling Jaya, bagaimana?
Dan 10 hingga 12 ini, Grand Finale nya di One Utama Petaling Jaya, bolehkah ahli Parlimen PASyang berkenaan turun memastikan tidak ada seorang pun orang Islam terlibat?
Memamg meminum arak dibenarkan oleh agama dan kepercayaan selain Islam, tetapi apabila ia dipestakan sedemikian rupa, tambah di negeri Selangor ini suka atau tidak pasti akan melibatkan kepentingan masyarakat Islam, sekurang-kurangnya akan ada juga orang Islam yang nanti terlibat .
Melainkan penganjur menganjurkannya di pusat komuniti bukan Islam, di tokong, di gereja, kuil atau seumpamanya. Namun saya pasti gereja dan kuil pun tidak akan sanggup menjadi tuan rumah.
Kerana itulah apabila ada suara mengizinkan penganjuran ini, tambah ianya datang dari parti yang memerintah, apa lagi mewakili PAS pula, sudah pasti ramai khususnya masyarakat Islam akan beri reaksi negatif dan mengkritik. Adalah mungkin sekerat dua yang memuji, itu pasti datangnya dari yang bukan Islam yang akan memuji apa sahaja yang terpacul dari mulut wakil rakyat parti Islam yang menguntungkan mereka.
PAS perlu menerapkan Islam, lantaran ia sebahagian kerajaan pada tahap kemampuannya. Di Selangor dimana PAS merupakan anggota kerajaan campuran, maka sekurang-kurangnya wakil-wakil PAS disetiap peringkat perlu bersuara dan menyatakan perubahan yang mahu PAS bawa khasnya dalam aspek melibatkan masyarakat Islam di sini.
Jika dahulu masyarakat boleh terima jika PAS sekadar melaungkan teguran dalam bentuk protes dan kenyataan media, tetapi hari ini ia sebahagian kerajaan. Sudah pasti masyarakat yang mendukung PAS khasnya masyarakat Islam mengharapkan sesuatu yang lebih efektif dan bermakna dari PAS dalam aspek Islam ini berbanding dengan Umno.
Lantas apabila tercetus kontroversi “Oktoberfest” ini, maka kuasa politik kecil manapun yang ada pada PAS perlu digembelingkan bagi mendidik dan memahamkan masyarakat akan kedudukan Islam dalam bab pesta arak ini. Masyarakat Islam tidak boleh didedahkan apalagi terlibat dengan aktiviti ini secara langsung atau tidak langsung.
PAS perlu melindungi kakitangan kerajaan, penduduk Islam dan rakyat Selangor beragama Islam dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja maksiat serta kesan daripadanya. Jika masyarakat bukan Islam memikirkan mahu dan perlu menganjurkan apa juga majlis atau pesta seumpama ini, demi menghormati masyarakat Islam, maka pastikan ia dianjurkan atas sepenuh pertanggungjawaban mereka tanpa menjejaskan sedikit pun masyarakat dan komuniti Islam.
Semua peringkat dan proses aktiviti berkenaan perlulah hanya melibatkan yang bukan Islam.
PAS perlu pertegaskan perkara ini kerana kegagalan bertahan dan mendesak sedemikian akan mengakibatkan PAS dipandang serong dan malah lari dari prinsip dan dasar perjuangannya.
Ringkasnya PAS perlu tegas menolak sebarang penganjuran majlis maksiat di atas bumi yang ia diberi amanah untuk perintah, tetapi jika mahu dianjurkan juga oleh masyarakat bukan Islam maka PAS perlu tegas mengenakan syarat dan peraturan.Hak orang bukan Islam dihormati dan pada waktu yang sama hak serta kepentingan Islam terpelihara.
0 Komentar untuk "Lagi-lagi Oktoberfest"