Ahli Parlimen PAS bidas Putrajaya isu hutang royalti minyak - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ahli Parlimen PAS bidas Putrajaya isu hutang royalti minyak

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan mengapa Putrajaya menafikan isu hutang royalti minyak di Kelantan. – Gambar The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2014.Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad hari ini membidas tindakan Putrajaya menafikan isu hutang royalti minyak di Kelantan.

Beliau mempersoalkan mengapa Putrajaya membangkitkan isu tersebut hanya selepas 40 tahun, walhal sebelum ini terdapat bukti dokumen yang jelas menyokong perjanjian pembayaran royalti tersebut.

Wakil rakyat PAS itu turut menyertakan bukti melalui jawapan Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein dalam Sidang Dewan Rakyat pada 15 November, 1974.

"Ketika itu, perdana menteri tersebut yang menjawab pertanyaan Lim Kit Siang, yang ketika itu Ahli Parlimen Petaling Timur, menyatakan semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, sudah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana dikehendaki Akta Kemajuan Petroleum 1974.
"Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, dijual Petronas ataupun agensi ataupun kontraktornya," katanya yang membaca dokumen pada sidang media di Parlimen hari ini.

Isu pembayaran royalti minyak dibangkitkan semula ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor pada bulan lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes royalti minyak masih di peringkat mahkamah, PAS termasuk pertubuhan bukan kerajaan dikenali "R" dari awal lagi terus memainkan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan persekutuan. – 7 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-parlimen-pas-bidas-putrajaya-isu-hutang-royalti-minyak#sthash.sUL8XCdt.dpuf
0 Komentar untuk "Ahli Parlimen PAS bidas Putrajaya isu hutang royalti minyak"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI