Jangan jadi anjing - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Jangan jadi anjing


Artikel
Oleh SUBKY LATIF
SETELAH krisis Menteri Besar di Lembah Kelang mulai reda, daerah itu tetap jadi kawasan yang panas yang mencelarukan fikiran dan otak orang Islam khususnya yang bermazhab Syafie.
   
Mereka mulanya naik darah atas pesta arak yang tidak salah diminum oleh setengah manusia dan keduanya tidak salah menyentuh anjing oleh semua manusia.

Arak itu mulanya tidak haram, tetapi Nabi terpelihara daripada penglibatan mengambilnya. Hukum  terakhirnya arak ada kebaikan tetapi keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Maka sesiapa yang terlibat dengan arak, bukan sekadar dilarang bahkan dilaknat. Jika iblis dan Firaun itu sah kafirnya dan sah dilaknat Allah, maka tidaklah Islam yang terlibat dengan dilaknat, semua manusia tidak kira apa agamanya tidak bebas daripada laknat itu.
   
Ada pun anjing, pada orang Islam bangsa Melayu mazhab Syafie, telah jelas pendiriannya tentang anjing dan aib kalau mereka dikatakan macam anjing.
   
Maka orang Melayu hina sangat kalau dikata macam anjing. Sehingga selepas 57 tahun merdeka pun tiada orang Melayu suka mereka disamakan seperti anjing. Mungkin selepas acara berbaik dan bersangka baik tentang  anjing oleh orang Melayu Islam Lembah Kelang itu suka bercampur dengan anjing,  sama seperti mereka senang bercampur dengan kucing.
   
Semua tahu bukan anjing itu tidak ada eloknya. Ada eloknya, seperti arak juga ia ada eloknya akan tetapi tidak eloknya lebih banyak daripada elok.
  
Tiada keperluan saya untuk menyatakan apa elok dan apa tidak eloknya. Orang Melayu mazhab Syafie dipercaya tahu mengenainya. Tidak perlu Mufti dan bekas mufti ajar lagi orang Melayu tentang.
    
Jika orang Melayu merasakan mereka banyak masa menyamak dirinya daripada hujung rambut hingga ke kaki, bolehlah mereka berpeluk dan tidur dengan anjing. Apabila bangun untuk solat subuh, samak seluruh tubuh atau boleh dikatakan mandi samak. Lepas itu bantal dan tilam ganti dengan yang bersih. Samak pula tilam dan bantal tadi.
   
Kalau peluk lagi dengan anjing selepas itu, ketika hendak solat zohor mandi samak lagi.
    
Semua tahu jika tersentuh dengan anjing kering tak perlu samak. Tetapi semua yang mufti dan bukan mufti tahu hal itu. Akan tetapi sengaja sentuh benda yang diketahui najis adalah orang yang tidak betul otaknya.
    
Ambil tahi sebagai contoh. Tiba-tiba kita tersentuh tahi. Kita tidak buang masa terus basuh. Jika kita tercirit, tak sempat ke tandas, habis kaki terkena cirit sendiri, maka kita terasa amat jijiknya. Pada hal najis itu keluar dari dalam perut kita sendiri. Sebelumnya ia adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. Tetapi kerana ia najis maka kita elak sentuh najis kita sendiri selain terpaksa membasuh berak.
    
Jika kita terkena tahi, najis itu tidak perlu disamak. Najisnya dikira ringan daripada najis anjing dan babi. Islam sudah peraturkan begitu.
    
Beza najis tahi jijik, najis anjing tidak jijik. Sebelum solat kalau terkena tahi tak perlu samak, sekadar basuh saja, kalau terkena anjing lembab dan dijilat anjing kena samak dulu, tidak sah solat kalau tidak samak.
    
Justeru hendak liberalkan fikiran kita tentang anjing, kita bermain-main dengan  ajing, lepas itu kita samak. Apa kata, jika orang yang sama main tahinya selepas berak, lepas itu basuh dan lepas itu makan. Tidakkah ia senang dan enak?
    
Saya teringat puluhan tahun dulu ada ulama yang menghalalkan makan biawak. Dia ada dalil. Orang kampung pun menghormati pandangannya. Mereka merainya, mengundang ke majlis makan. Dia terima jemputan. Ketika menghadapi hidangan, tuan rumah maklumkan padanya, ‘Ini kari biawak untuk Tok  guru.’
    
Dia bangun, terus balik. Terbuanglah kari biawak itu. – HARAKAHDAILY 24/10/2014
0 Komentar untuk "Jangan jadi anjing"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI