[VIDEO] KATALAH apa sahaja mengenai dirinya. Fitnah, cemuhan dan kutukan mewarnai sebahagian daripada dunia politik beliau. Namun, beliau bukan calangcalang orang yang akan menyerah.
Langkah terus diatur dengan yakin. Kebijaksanaan dan sifat tidak terikut dengan politik kotor menjadikan beliau antara pemimpin yang disegani ahli parti.
Kewibawaannya terserlah sebagai Timbalan Presiden PKR, Ahli Parlimen Gombak dan juga Adun Bukit Antarabangsa.
Malah kemampuannya dalam urus tadbir yang baik dan kematangan berpolitik mendapat pengiktirafan tertinggi apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan melantik beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hari ini, genap sebulan Mohamed Azmin Ali menduduki 'kerusi panas' itu. Ikuti temubual Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali; Editor, Lailatun Khalilah Nasir dan wartawan, Mohd Syairi Mohamad Shaari yang melakukan kunjungan hormat ke pejabatnya Isnin lalu.
SH: Pelantikan YAB sebagai menteri besar baharu didahului dengan pelbagai kontroversi baik dalam PKR dan juga dalam PR. Setelah sebulan menjadi MB, apakah kontroversi yang melanda YAB boleh dianggap reda?
AZMIN: Kemelut politik Selangor telah pun selesai dan saya akan menumpukan pada usaha bagaimana kita boleh membangunkan Selangor. Rakyat juga telah letih dalam politiking yang berlaku dalam atau luar PR. Apa yang diinginkan rakyat adalah satu gerakan yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan negeri dan negara. Itulah keutamaan saya sekarang.
Bagaimanapun, tidak dinafikan, apa yang berlaku telah menjadi sejarah dan menjadi pengajaran kepada semua. Saya tidak melihat krisis di Selangor adalah satu ancaman kepada PR kerana kalau kita lihat sejarah tamadun manusia, krisis boleh dilihat kepada dua aspek. Satu dalam bentuk ancaman dan satu lagi adalah dalam bentuk peluang. Bagi saya, krisis di Selangor adalah peluang PR untuk menilai semula tindakan, dasar dan permuafakatan PR.
Kedua, kita juga harus terima hakikat seperti ungkapan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama iaitu democracy is noisy atau demokrasi itu sememangnya bising. Jadi janganlah kita berasa terperanjat dengan suasana ini kerana ia merupakan suatu proses untuk mematangkan demokrasi. Apabila kita melihat demokrasi itu satu peluang dan bukan ancaman, kita boleh mengatur langkah memperkukuhkan parti.
Walaupun baru menduduki kerusi ini, saya melihat sambutan luar biasa dan positif dari rakyat yang meletakkan harapan tinggi sewaktu saya mula turun padang setiap minggu. Jelas rakyat mahukan menteri besar baharu dan pentadbiran yang bekerja.
SH: Boleh ulas tentang pelantikan YAB sebagai MB apabila ramai yang menjangkakan Datuk Seri Wan Azizah Ismail akan terpilih?
AZMIN: Saya bukan baru dalam perjuangan reformasi. Saya bersama (Datuk Seri) Wan Azizah dalam gerakan reformasi sejak 1988 sehinggalah PR berkembang sehingga hari ini. Pelantikan yang diputuskan ini adalah mandat dari parti dan keputusan telah dibuat dan saya bersyukur krisis MB ini berakhir. Ramai yang menjangkakan krisis ini akan berlanjutan malah ramai yang terkejut termasuk juga rakan saya dari pihak yang di sebelah sana, mereka terkejut kerana krisis ini diselesaikan dalam keadaan harmoni.
Sememangnya terdapat sedikit pandangan berbeza di kalangan kami, tetapi apa yang berlaku adalah sebahagian dari proses demokrasi.
SH: Dengan simpanan yang dimiliki oleh kerajaan negeri sekarang, apakah yang YAB akan lakukan kepada rakyat dan pembangunan. Apakah perkara yang sangat kritikal yang perlu YAB selesaikan?
AZMIN: Ini merupakan cabaran besar kerana Selangor negeri termaju di Malaysia. Masyarakat di Selangor berbeza dengan negeri lain kerana pendedahan yang diterima membuatkan rakyat meletak harapan yang sangat tinggi kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri sangat komited untuk membangunkan Selangor sebagai negeri pembangunan yang memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Bagaimanapun, seiring memacu ekonomi mampan, kita menjamin akan mengagihkan keadilan dan kekayaan kepada semua melalui program ekonomi peduli rakyat. Inilah falsafah pembangunan dan ekonomi dalam belanjawan 2015 yang akan saya bentang tidak lama lagi.
Saya tegaskan sesebuah negeri yang maju dari segi pertumbuhan dan angka tetapi jika gagal diterjemahkan dalam program ekonomi yang bermanfaat kepada rakyat, ia adalah satu kegagalan. Walaupun negara maju membangun tetapi pada masa sama terdapat jurang pendapatan, ini merupakan satu kegagalan.
Dalam pada itu, kerajaan negeri akan memastikan perbelanjaan mengurus itu mesti dikurangkan dan perbelanjaan pembangunan mesti ditingkatkan kerana peningkatan pembangunan negeri itu akan menjana aktiviti ekonomi dan memberi pulangan balik serta pendapatan yang lebih baik kepada rakyat, ini berbeza dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia dari sejumlah RM273 bilion belanjawan 2015, hanya 18 peratus perbelanjaan pembangunan dan 82 peratus untuk belanja mengurus dan ini tidak berhemah. Saya yakin akan mencapai matlamat ini kerana saya mahu pembangunan ekonomi Selangor dapat menjana aktiviti ekonomi negeri.
SH: Barisan kepimpinan Exco yang dilantik memperlihatkan dominasi orang muda. Apa manfaatnya untuk pentadbiran YAB?
AZMIN: Selaras dengan aspirasi pentadbiran baru, saya mahukan pentadbiran kali ini mempunyai hubungan dengan generasi muda. Apabila kita bicara tentang anak muda, jangan kita membicarakan anak muda di bandar sahaja. Kita tidak boleh abaikan anak muda di luar bandar. Oleh itu, saya membuat penjenamaan baru dengan meletakkan portfolio penting antaranya Exco Pembangunan Generasi Muda yang diserahkan kepada Adun Batu Caves, Amirudin Shari selain mahu beliau meneliti tugas baru tentang keusahawanan agar anak-anak muda harus diberi pendedahan yang ada potensi dalam keusahawanan.
Contoh lain, kalau kita lihat kepada peratusan yang masuk ke institut pengajian tinggi awam, hanya sekitar 25 peratus yang berjaya memasuki IPTA dan bagaimana pula 75 peratus lagi. Tidak ada program khas sebelum ini. Oleh itu, penekanan kepada 75 peratus ini perlu dilihat.
Mungkin sebahagian kecil yang tidak mencapai kejayaan, tetapi sebahagian besar mempunyai kemahiran masing-masing seperti teknikal dan vokasional tetapi mereka harus dilatih. Begitu juga dengan portfolio YB Nik Nazmi yang saya mahu beliau menumpukan soal pendidikan dan beri nafas baru kepada Unisel supaya anak-anak yang keluar dari Unisel nanti mendapat kerjaya yang baik.
SH: Bagaimana lantikan terhadap Exco Pas sebelum ini menerusi portfolio yang mereka terima?
AZMIN: Itu adalah proses biasa dan saya menghormati pandangan masing-masing. Malah saya membuat keputusan yang cukup sukar apabila mengurangkan kerusi Exco Pas dari empat kepada tiga. Ia bukan keputusan mudah kerana ia memerlukan kesabaran untuk mendengar.
Bagaimanapun setelah berbincang dengan Pas Pusat dan Pas Negeri dan mendapat pandangan balas masing-masing, akhirnya satu konsensus telah tercapai.
Berbalik kepada portfolio baru yang saya umumkan, kita mahu penjenamaan baru itu sesuai dengan seseorang dan mencapai matlamatnya. Saya gembira dengan pasukan baru yang telah tiga kali bermesyuarat memberi kerjasama yang cukup padu daripada kesemua Exco.
SH: Selangor menjadi pusat tumpuan pelabur asing. Sejak akhir-akhir ini, tumpuan pelaburan kurang kerana timbulnya pelbagai isu seperti krisis air. Apakah tindakan MB bagi mengekalkan Selangor menjadi destinasi penting pelabur asing?
AZMIN: Selangor merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara apabila sebanyak 25 peratus disumbangkan oleh negeri ini dan 25 peratus lagi dari Lembah Klang dan jika digabungkan, sebanyak 50 peratus KDNK disumbangkan oleh Selangor dan Lembah Klang.
Sudah pasti Selangor akan memastikan pelabur asing akan terus mendapat peluang di sini. Namun, sudah tentu isu-isu besar seperti krisis air menjadi tumpuan tetapi kerajaan negeri memberi jaminan pentadbiran baru mahu memuktamadkan masalah ini kerana ia memberi kesan kepada rakyat dan pelabur-pelabur asing.
Dengan itu, kita akan meneliti aktiviti promosi pelaburan dan strategi industri yang lebih strategik perlu dikaji semula atau mula menerokai pelaburan baru termasuk negara Jerman atau Timur Tengah.
Pada masa sama, kita akan lihat faktor lain yang akan menyumbang pembangunan ekonomi negeri Selangor.

0 Komentar untuk "Azmin: Tiada kawalan pihak luar"