Anwar dan ‘reformasi’ nya kini dipandang sepi? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anwar dan ‘reformasi’ nya kini dipandang sepi?


Pendapat

Oleh Ian McIntyre

KOMEN: Perasaan deja vu seakan hinggap di sanubari para pengunjung rapat umum di Seberang Jaya apabila sahaja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ucapannya pada 22 Oktober lalu.


Enam belas tahun dahulu, Anwar berdiri di satu pentas tak jauh dari situ, di kampung halamannya Cherok Tokun bagi melaungkan slogan ‘reformasi'. Ini disusuli gerakan besar-besaran di seluruh negara.

Ketika itu, beliau baru sahaja disingkirkan dari jawatan kabinet serta parti yang dianggotainya Umno.
Kini, berucap di depan para hadiran, beliau sekali lagi berdepan hukuman penjara sepertimana pada 1998 dahulu.
Nasib Anwar bakal diketahui minggu depan apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan samada beliau bersalah atau sebaliknya di dalam kes Sodomi II.
Selepas dibebaskan daripada hukuman penjara terdahulu pada 2005, Anwar telah memimpin gabungan pembangkang bagi menafikan kemenangan dua pertiga yang kerap dinikmati kerajaan Barisan Nasional. Kejayaan pertama beliau ialah pada PRU12 2008.
Anwar memang sewajarnya dianggap Bapa Reformasi dan usahanya dilihat telah menampilkan Pakatan Rakyat sebagai lawan setara dengan BN.
Selepas PRU12, politik Malaysia tidak lagi lesu kerana kini kita memiliki dua gabungan politik bagi menambat hati para pengundi.
Namun, terdapat perbezaan nyata di antara tahun 1998 dengan 2014. Sudah tentu para pemerhati yang mengikuti perkembangan politik sedar hakikat ini.
Peserta yang berkumpul mengikuti ceramahnya semakin berkurangan. Mungkin sekarang musim hujan...
Apabila Anwar memegang mikrofon, pihak yang berdiri di belakangnya tidak sama seperti yang mengiringi beliau pada 1998.
Sedekad lalu, Anwar merupakan satu-satunya suara yang menggesa negara melaksanakan Reformasi, tetapi kini beliau sudah menemui ramai pengganti.
Ketika berucap kali ini, pentas itu turut diserikan kehadiran Lim Guan Eng dari DAP dan Mohamad Sabu dari PAS.
MB Selangor yang baru Azmin Ali tiada di situ.
Masa depan Anwar menjadi tanda-tanya namun gabungan Pakatan Rakyat juga di dalam keadaan kurang selesa.
Ramai yang bersimpati dengan apa yang sedang ditempuhi Anwar, tetapi mereka juga berpendapat pemimpin itu terburu-buru menjayakan agenda politiknya.
Langkah mencalonkan isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pemimpin kerajaan di Selangor dilihat amalan nepotisme oleh presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak.
Walau BN banyak kelemahan, Pakatan juga bercelaru dengan langkah PAS kekal mahu melaksanakan kanun jenayah hudud yang ditentang hebat DAP.
Maka perbicaraan Anwar ini walaupun serupa dengan apa yang telah berlaku 16 tahun lalu, keadaan semasa agak berbeza.
Sept 11 telah tercetus dan Arab Spring telah datang dan pergi di Timur Jauh.
Anwar tidak lagi dianggap reformis pujaan kerana pemimpin lain di rantau ini dilihat lebih menambat hati.
Di Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi diangkat presiden baru Republik itu.
Beliaulah tokoh reformis terbaru.
Namun di dalam ucapannya, Anwar menggesa agar Pakatan Rakyat dikekalkan walaupun beliau mungkin dipenjarakan.
Beliau berharap Mat Sabu dan Lim Guan Eng akan meneruskan perjuangannya.
Namun mereka perlu meyakinkan parti masing-masing bagi mencapai kata putus tentang isu hudud.
Anwar sedar nasibnya bakal ditentukan minggu hadapan. Mungkinkah ia bakal mencetus reformasi sekali lagi?
Namun kemungkinan juga, kebanyakan rakyat Malaysia sudah jemu dengan permainan politik yang seakan tiada hentinya.

Mereka hanya mendambakan pekerjaan yang baik, sambil berharap dapat meringankan beban akibat kos sara hidup yang kian melonjak. Mungkin mereka hanya mahukan negara yang lebih aman
0 Komentar untuk "Anwar dan ‘reformasi’ nya kini dipandang sepi?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI