"Barangkali inilah kali pertama ahli PAS balik ke negeri masing-masing dari Muktamar dalam keadaan sedih dan muram.Belum pernah selama 59 kali Muktamar,berlaku perkara-perkara "pelik" dalam muktamar.
Bermula dengan "heret kerusi" agar Timbalan Presiden dan seluruh dunia tahu bahawa"mereka" keluar dewan hinggalah berdoa binasa sesama ahli,mengeboo AJK Pusat,anggota Unit Amal menarik turun seorang pewakilan yang membantah hinggalah gambar Timbalan Presiden disimbah cat(mujur tidak dikencingnya macam gambar TGNA dan TGHH diambang PRU 13!)
Apa sudah jadi dengan PAS ?
Kali ini ahli PAS bermuktamar dengan emosi,dendam,marah,ego,hentam menghentam,kutuk mengutuk sesama sendiri bukan dengan kasih sayang,prihatin dengan penderitaan ummah sejagat.
Slogan PAS For All sudah menjadi PAS For Puak Fulan atau PAS For Puak Aku !
Suara pimpinan sudah tidak laku.Bermula Mursyidul Am ,Presiden,Timbalan Presiden,AJK Pusat hinggalah Ketua Pemuda semuanya merundum.Masing-masing ada ego dan "kejantanan".
Semua sudah dilabelkan dan dibahagikan kumpulan macam filem P.Ramlee. Yang ini puak fulan,yang itu puak fulan.Presiden sokong puak fulan,Timbalan sokong puak fulan.
Barangkali yang tiada puak ialah dari Himpunan Penyokong PAS(DHPP).Jika Samy Vellu duduk dalam PAS,mungkin DHPP berwala'kan beliau!
Dulu muktamar tahun 1982,PAS bergolak juga.Tetapi majoriti mahukan ulamak.Golongan Nasionalis di tendang keluar.Ada masuk UMNO seperti Dato Asri dan ada yang tubuh parti baru.
Kini 2014,PAS bergolak semula setelah 32 tahun "hidup dalam kemewahan" dan keseronokan sakan melihat UMNO berpuak-puak.Seronoknya dalam ceramah mengata UMNO ada kem Najib,ada kem Muhyiddin,ada kem Mahathir.
UMNO berpecah seteruk manapun,mereka boleh tutup dengan fulus dan projek.Ini berbeza dengan PAS.PAS tiada wang dan projek untuk tutup pepecahan sesama sendiri.
Hasilnya,lihat adegan "londeh melondeh" dalam Muktamar.Macam anak hingusan bergaduh!
Sepatutnya selesai Muktamar,Kerajaan UMNO Johor bergegar umpama ditimpa gempa bumi 9.9 richer tetapi sebaliknya berlaku.Bumi Johor menerima himpunan manusia yang berkumpul untuk berdoa binasa si fulan,mengeboo si fulan,melabel munafik dan macam-macam yang tiada dalam Perhimpunan Agung UMNO,MCA maupun MIC !
Adakah Muktamar PAS yang ke 60 sebenarnya memberi nyawa baru buat UMNO yang sedang nazak dan memberikan "kain kafan dan talqin" buat PAS yang terlalu leka ?
PASKINI : Wajib kembali ke Langkah Zero (Siri 1)"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
0 Komentar untuk "PASKINI : Wajib kembali ke Langkah Zero (Siri 1)"