Oleh AbuYa
Semasa saya membuat posting status di facebook ini tentang beberapa orang kepimpinan PKR dan PAS berusaha membiayai satu gerakan yang dinamakan PasMa, ramai juga yang tak percaya dan marahkan saya. Saya tak kisah. (TKO siar entri tersebut di sini - Webmaster)
Saya ada sumber kawan yang rapat dan berada didalam serta bersama diantara yang terpenting dalam gerakan ini. Oleh itu saya mempunyai nama-nama mereka yang terbabit secara 'detail'. Mungkin anda tak percaya sebab anda tidak rasa bahawa ada pimpinan PAS yang mengkhianati perjuangan PAS.
Saya sebut dengan jelas sebelum ini 5 langkah yang dibuat dalam bentuk jangka pendek (Muktamar terdekat) dan jangka panjang (muktamar ke-60). Anda boleh berhujah dengan saya jika saya buat silap atau tersasar sebagai suatu tuduhan tetapi selepas saya menulis, apa yang saya sebut semuanya terjadi.
Bukan saya pandai. Saya bukan ahli nujum. Tapi saya ulang apa yang pernah saya tulis saya ada sumber kawan yang berada dalam gerakan jahat ini!!!
Saya sebut dalam entri status FB saya bahawa saya ada nama-nama lengkap mereka terbabit dikalngan pimpinan PAS dan PKR. Tapi saya tidak berhasrat untuk dedahkan mereka di facebook ini.
Lihat poster di atas anda. Anda sudah boleh berikan 3 sebab kenapa entri saya sebelum ini adalah benar belaka!
Tujuan aktiviti ini memberikan kepercayaan bahawa PAS memang hendak bergabung dengan UMNO dan akan menyalahkan kepimpinan Ulama kononnya nak bergabung dengan UMNO. Ini adalah serangan halus dalam siri-siri serangan yang dibuat kepada kepimpinan PAS terutama Presiden.
Sebab itu tidak hairan semua berita akan menyebut daripada "kepimpinan PAS yang tidak mahu dikenali", atau "Sumber dalaman PAS" bagi memberikan gambar ulaman cuba rosakkan PAS dengan bergabung dengan UMNO dan golongan ini adalah penyelamat PAS dan Pakatan Rakyat.
Media internet setiap hari akan menyerang kepimpinan PAS sehingga fitnah menjadi benar. Mungkin anda tidak percaya. Tapi pernah terjadi zaman Nabi dulu bagaimana fitnah kepada Siti Aisyah hingga ALlah turunkan ayat AlQuran. Zaman nabi ada manusia sanggup buat apatah lagi sekarang tubuh badan banginda s.a.w. sudah tidak ada. Ulama pewaris nabi akan menjadi mangsa.
Oleh itu, Jangan hairan PAS akan rosak dengan perwakilan yang dipercayai 'berbulu ayam'.

0 Komentar untuk "Agenda PasMa yang patut disedari"