Saya tidak akan letak jawatan, kata Teng Chang Khim - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Saya tidak akan letak jawatan, kata Teng Chang Khim

Exco DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim tidak akan letak jawatan dan terus bekerja ikut arahan parti. Gambar fail The Malaysian Insider.Exco DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebaliknya akan terus bekerja mengikut arahan parti.

"Saya tidak akan letak jawatan. Parti suruh saya terus bekerja," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam memberi kata dua kepada exco PKR dan DAP supaya meletakkan jawatan jika tidak lagi mahu bekerja dengannya yang dipecat daripada parti sendiri.

Khalid berkata, beliau masih boleh meneruskan pentadbiran sendiri dengan sokongan empat exco PAS iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi. – 12 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tidak-akan-letak-jawatan-kata-teng-chang-khim#sthash.rt2JbtjG.dpuf
0 Komentar untuk "Saya tidak akan letak jawatan, kata Teng Chang Khim "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI