Rafizi, Shamsul muka baru naib presiden PKR - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Rafizi, Shamsul muka baru naib presiden PKR

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli antara muka baru yang bakal menjawat naib presiden PKR selepas proses undi Pemilihan PKR 2014 selesai dan keputusan rasmi diumumkan. Gambar fail The Malaysian Insider.
Dua muka baru bakal menduduki kerusi naib presiden PKR iaitu Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam Pemilihan PKR 2014, menyertai dua lagi penyandang yang berjaya mengekalkan kedudukan, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Nurul Izzah mendominasi 28,792 undi, diikuti Tian Chua (21,421), Shamsul (19,828) dan Rafizi (18,885).

Manakala tiga lagi kekosongan kerusi naib presiden akan diisi melalui proses lantikan parti.

Jumlah itu membabitkan proses kiraan undi melalui 196 daripada keseluruhan 198 Cabang PKR, yang terakhir ialah Puchong pada 10 Ogos lalu.
Bagaimanapun keputusan rasmi akan diumumkan semasa Kongres PKR di Shah Alam pada 22 Ogos ini.

Turut bertanding merebut kerusi naib presiden PKR ialah A Xavier Jayakumar, Baru Bian, Fuziah Salleh, Lee Chin Cheh, Mustaffa Kamil Ayub, N Surendran, Yahya Sahri, R Suresh Kumar, Kapten (B) Dr Summugan Rengasamy dan Dr Streram Sinnasamy.

Sementara itu, keputusan tidak rasmi juga menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari hampir pasti menjadi ketua Pemuda PKR baharu menggantikan Shamsul apabila memperoleh 4,247 undi.

Beliau menewaskan Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dengan majoriti tipis 4,207 undi dan Nazree Yunus dengan 2,195 undi.

Pemecatan calon timbalan presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti pula memberi laluan mudah buat penyandang, Mohamed Azmin Ali menang bergaya dengan 22,557 undi mengalahkan pesaing tunggalnya, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail (10,742 undi).

PKR akan mengadakan Kongres Nasional PKR Ke-10 bermula 22 hingga 24 Ogos ini di Stadium Melawati, Shah Alam membabitkan 3,740 perwakilan dari 220 cabang PKR di seluruh negeri.

"Semua 220 cabang berdaftar selesai mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing dan mereka layak menghadiri kongres pada kali ini," kata Saifuddin pada sidang media 4 Ogos lalu.

Katanya, kongres ini turut melibatkan mesyuarat tahunan Pemuda dan Wanita PKR.

Selain menjemput kira-kira 200 perwakilan khas daripada kedutaan asing, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat, ahli Parlimen serta Adun, PKR juga merancang mengadakan jamuan Aidilfitri pada hari terakhir kongres. – 12 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-shamsul-muka-baru-naib-presiden-pkr#sthash.N2RQDMCA.dpuf
0 Komentar untuk "Rafizi, Shamsul muka baru naib presiden PKR"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI